31/05/2009

Ia makin dekat

Jenazah itu dibawa pergi.Memasuki kawasan perkuburan.Lalu dikebumikan.Dan akhirnya, bersemadilah jasad yang kaku.Pulang menghadap Illahi.

Sedari tadi, aku hanya memerhati keranda itu diusung.Lidah kelu tak mampu berkata apa-apa."Allahuakbar"..hanya itu yang terdetik di hati.3 hari berturut-turut diperlihatkan episod yang sama.Sungguh, kematian itu sangat dekat.Dan minda mula mencongak-congak."Hari ini giliran mereka, entah esok, entah lusa..aku pulak..BERSEDIAKAH AKU?"

Rasulullah S.A.W bersabda, diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a:
"Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari.Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail:Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."


Dan minda terus mencongak....

70 kali dalam sehari bererti dalam 1 jam lebih kurang 2 atau 3 kali malaikat memerhati aku!Dan bermaksud juga malaikat maut menziarahi aku setiap 30 minit!

Namun, aku benar-benar tak pasti.Dalam selang masa 30 minit..Berapa kali agaknya lidah melantunkan alunan zikir? Berapa kali agaknya hati dalam keadaan sedar kiri dan kanan ada malaikat mengawasi?Ya Allah...sungguh hambaMU ini lupa dan lalai.



"Setiap yang bernyawa akan merasakan mati.Dan hanya pada hari Kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu.Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sungguh dia memperoleh kemenangan.Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya" (Ali-Imran:185)


Setiap jiwa yang hidup kelak akan dipanggil pulang menemui Illahi.Itu janji Allah yang tertulis di dalam Al-Quran.Dan di saat ini,hati mulai resah.Bimbang jika kepulanganku ke daerah abadi tidak sesempurna kelahiranku ke dunia.Pulang dalam keadaan terhina, dalam keadaan diri yang jijik dan kotor....Lantas kutitipkan doa, mengharap penuh maghfirah dan keampunan.Moga kelak matiku dalam husnulkhatimah...

27/05/2009

Satu muhasabah...

Pagi ni subuh tak seperti selalu.Ada kelainan berbanding hari-hari biasa.Kedengaran ayat-ayat Al-Quran berkumandang di corong masjid sehingga waktu subuh berganjak pergi.Kebiasaannya, kaset-kaset mengaji hanya dipasang sebelum azan.Usai azan, sunyi sepilah alam.Yang hanya kedengaran cuma kokokan ayam.

"Mak, ada oghang meninggal ka?" saya bertanya
"Ha, oghang kampung sebelah"

Oh, tepat sekali!Seperti yang dijangka.Kerana memang menjadi satu kelaziman.Jika ada yang meninggal, maka akan kedengaranlah lantunan kalam suci Al-Quran.Memang trend masyarakat sekarang.

Tak salah jika dikatakan islam yang kita anuti sekarang hanya tempelan semata-mata.Yang mana rasa nak, kita ambil.Andai rasa menyusahkan, kita buang.Sebagai contoh, bila berlaku kematian.Maka, hanya pada waktu itu Al-Quran dibuka dan dibaca.Hari-hari lain Al-Quran hanya disimpan menjadi 'suci dalam debu'.Dan begitu juga bila sampai bab nikah kahwin.Kalu dulu, pasangan yang ingin berkahwin akan diuji oleh tok kadi kelancaran membaca Al-Fatihah.Maka,yang tak pernah seumur hidup mengaji mulalah terkial-kial menghafaz Ummul Quran ini.

Alangkah jahilnya kita......



Islam bukan hanya sekadar kita melafazkan dua kalimah syahadah.Dan bukan sekadar tertulis di kad pengenalan.Islam adalah satu cara hidup.Istimewa islam pada sifat syumulliahnya ataupun menyeluruh.Melengkapi segala aspek kehidupan.Bab politik, ekonomi, pendidikan, sosial semuanya telah Islam sentuh dan beri garis panduan.

"Wahai orang-orang yang beriman, masuklah ke dalam islam secara keseluruhan, dan janganlah kamu ikut langkah-langkah syaitan.Sungguh,ia musuh yang nyata bagimu"(Al-Baqarah:208)



Ayuh, kembalilah kita pada islam yang sebenar.Bila berpolitik, berpolitiklah sepertimana yang islam gariskan.Bila berjual-beli, ambillah hukum-hukum yang telah Allah tetapkan.Hayati islam yang bersusah -payah Baginda Rasulullah bawa, berjuang dengan keringat dan darah semata-mata sayangkan kita..umatnya.Semoga kelak, islam menjadi penawar dan jalan terbaik pada gejala-gejala dan penyakit ummat yang semakin membarah.


25/05/2009

Andaikata mereka mengerti...

Seakan-akan dihentak.Hati luluh dan lelah.Pedih, sakit dan letih yang teramat.Manik-manik jernih laju menuruni pipi.Jiwa gersang itu sangat mendamba pertolongan dari yang Esa."Oh daie, engkau benar-benar sedang diuji"......



Ingin berkongsi sebuah nukilan yang saya dapat ketika Simposium Bring Islam Back(SBIB).Tidak pasti siapa penulisnya, hanya tertulis zamashari@yahoo.com.Kredit untuk penulisnya:)

Dedikasi khas untuk jiwa-jiwa yang sedang diuji.Diuji dengan kesusahan dan kesedihan yang merentap langkah, tak lupa juga yang diuji dengan virus-virus kemalasan.Virus yang bahayanya saya kira lagi teruk dari H1N1



Andainya mereka mengerti,
Indahnya dunia berbanding perjuangan,
Hanyalah sementara,
Empuknya tilam baldu itu,
Gahnya rumah besar itu,
Ampohnya Waja dan Benz itu,
Manisnya Puan Suri
..dan gagahnya Abang Budiman,
Indahnya gelar tuan, dato' dan profesor,
Kecil berbanding imbalan Tuhan.

Andaikata mereka mahu sedar,
Derita umat tiada pahlawanyya,
Selain pidato di kedai kopi, parlimen,
...kursus motivasi, mahupun kuliah pengajian,
Yang berakhir dengan bicara, demi bicara,
Yang jauh dari mengangkat kecewa,
...merubat luka, atau membanteras gejala,
Kalau tidak kita, siapa lagi?
Kalau tidak sekarang, bila lagi?
Kalau tidak di sini, di mana lagi?

Andai mereka mahu benar-benar percaya,
Bahawa jalan kita ini benar-benar panjang,
Bukan sedar, mengangkat tangan, mendaftar diri
...mahupun memegang jawatan,
Tidak cukup juga menyinsing tangan, memerah keringat,
...berpanas, berembun, berselut, berpergian,
Pengorbanan, keletihan, kecewa dan marah,
...hanya pemula perjalanan,

Andaikata mereka mahu bersaksi,
Bahawa kita ini perlu benar-benar bersedia,
Pelbagai maksiat dengan pelbagai nama,
WTO ke IFC, Miskin Bandar ke HIV, Derita minyak ke OKU,
IPRs ke Liberalisasi,Takbai ke Rumah Putih,
Menanggung amanah bersama ummah,
Lisan,Ilmu, Rohani, Kerja dan Idealismanya,
Bahawa kita perlu benar-benar bersama,
Bukan hanya ratapan di bibir,
Fizikal, hati, akal dan amalnya,
Bahawa kita perlu menesuri jalan ini,
dengan istiqamah dan sabar,
Membina batu-batan ummah satu persatu dengan tekun,
...Penuh seni dan rencana,

Andainya mereka mahu sabar,
Untuk Istiqamah buat seketika lagi,
Mahupun peritnya jalan ini,
ada kuntuman mewangi di hujungnya,

Andaikata mereka bisa memahami,
Yang kupinta bukan untuk diriku,
Namun untuk satu kebersamaan,
Mengangkat Derita Ummat,
........
Hanya andaikata mereka mampu mengerti
dan terus bersama......

23/05/2009

untuk kalian




award oh award...Blog baru "sebulan jagung" da dapat award,hehe:).Jazakillah pada my dear ukhti, sarah zarawi.Moga ada juga award dan reward di sisi Allah yang menilai.
Maka saya dengan berbesaq hati dan jiwa ingin menganugerahkan award ni pada.....

1)Wan Syazzawani@Wansyaz- Teman ketawa & menangis sejak saya 7 tahun sampailah dah umoq 21 tahun.. means da 15 tahun ukhwah kami.Thanks 4 everything, my dear!

2)Kak long hajar- Along DQ..apa saja masalah kat DQ pasti along yang saya cari.Sorry asyik nyusahkan along,huhu

3)Wan sufiah- sahabat yang banyak memberi inspirasi dan motivasi...terutamanya masa2 kritikal dalam PRESSS

4)Husna AB- Ceria dan slumber sokmo:)Seronok kawan ngan cik kak ni..hehe

5)Aisyah yusoff -"penceria" suasana..sahabat seutaghaku dunia akhirat:)

6)Ct munirah- Semangatnya yang suka mencarigali ilmu amat saya kagumi.Nampak je pendiam..hehe

7)Fadzlina- my ex-schoolmate,tengok je buluh sure ingat kat die(betul x,leen?hehe)

8)Syazwani harun- Cuma sedetik bersama tapi sangat terasa ukhwahnya

9)Umairah- pencetus semangat untuk kembali berbakti kat irshad:)

10)Dan kepada semua sahabat seakidah dan sesaff yang amat saya sayangi...

22/05/2009

Segalanya milikMU

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang

Kau yang menciptakan cinta
Dan Kau jua yang menghampar bahagia
Di ribaanMu terhimpun harapan
Impian tulus setiap insan

Kau yang mengutuskan duka
Dan Engkaulah yang mengirimkan hampa
Namun padaMu jua diadukan
Merebahkan keresahan dan tangisan

Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu tiap yang terbaik untukku
Tak semuanya yang ku mahu

Di celah hangat nafas yang terhela
Ada dingin saat menyeru (menyebut) namaMu
Terarah segala ronta rasa
Pada damainya dakapanMu

Aku tahu inilah kasihMu
Aku tahu inilah cintaMu
Dan ku tahu di segenap ruang rasaku
Telah Kau titipkan kekuatan
Oh Tuhan



Ini lagu favourite saya.Segalanya milikMU dari kumpulan Mestica.Menjadi favourite kerana sentuhan kata-katanya yang amat mendamaikan jiwa.

Dan ku tahu tiap yang terbaik untukku
Tak semuanya yang ku mahu


Bait-bait ini memang mengajak diri mengimani ayat Allah dari surah Al-Baqarah ayat 216 yang bermaksud

"..Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal itu tidak baik bagimu.Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."



Sungguh, Allah punya rahsia yang tidak kita ketahui.Maha suci Allah yang menciptakan segala sesuatu, pasti ada hikmah terselit.Suka duka yang mengisi perjalanan hidup Allah punya agendaNYA.



Kadangkala susah untuk mengucapkan 'aku redha' pada ketentuan yang tidak kita ingini.Tapi, itulah hakikat jiwa yang hanya bertaraf hamba.Bila diuji dengan kegagalan yang membunuh langkah, ujian hati yang menyerabutkan dan menyesakkan dada jua kesakitan yang teramat pedih, ketahuilah di situ ada rahmat dan kasih sayang Allah yang luasnya tak terlihat pandangan mata.Kita tak suka tapi itulah yang terbaik yang telah Allah taqdirkan.

Boleh jadi kegagalan yang tidak kita ingini dapat menjadi 'booster' pada diri supaya lebih bijak dan bersungguh mengatur usaha.Dan mungkin juga ujian kemiskinan yang ingin kita usir jauh dari hidup menjadi iktibar bahawa kekayaan yang dikejar bukan segala-galanya.


" Wahai jiwa yang tenang!Kembalilah kepada tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaNya..(Al-Balad:27)


Maka, jangan diragui pada tiap ketentuan yang hadir.Kita merancang, Allah merancang tetapi Allah lah sebaik-baik perancang.Sediakan hati menerima apa jua yang terjadi.Tapi, ingat!Usah menyerah bulat-bulat pada takdir kerana kita masih punya kudrat.

19/05/2009

Bacalah dengan nama Tuhanmu yang Maha Menciptakan

21 MEI 2009, jam 9 pagi di Mahkamah Tinggi(5) P.Pinang Rayuan Jenayah.No.41-144-2008.Kes rayuan mangsa IFC laknat..(Ust Hafiz, Ust Shahul & Abg Rahim..)Semua dijemput hadir demi kelansungan pembelaan aqidah di Penang khasnya dan Malaysia amnya...SEBARKAN


p/s - msg ni dr ust hafiz nordin.sama-sama doakan semoga keadilan di pihak yang benar

18/05/2009

Terapi Untuk Qalbi

Ingin berkongsi secebis kisah.Suatu pagi ketika di dapur.Hajat di hati nak buat sambal belacan sambil diserikan lagi dengan hirisan buah bacang (ataupun oghang penang sebutnya buah konen).Maka saya pun dengan senang hati pun mengupaslah buah itu.Dari luar kelihatannnya buah ni sangat lawa.Suci dan bersih, sedikit pun tidak ternoda.Tetapi tak seindah yang disangka rupanya...

"Ya Allah, buruknya.Haghap(harap) luaq ja nampak elok.Kat dalam beghulat(berulat).Sapa nak makan kalau lagu ni." saya membebel-bebel.Akhirnya, buah bacang tu saya buang.Menjadi penduduk tetap tong sampah.

Tapi, bukanlah cerita bacang buruk tu yang saya nak sajikan.Ibrah di sebaliknya.Adakah kita juga seperti buah tu?Dari luaran, segala-galanya nampak sempurna.Cantik menutup aurat, lemah gemalai mengatur langkah sampaikan dapat gelaran 'ustaz' or 'ustazah'.Tapi hakikatnya, bagaimana pula dalaman kita?Terutamanya dalam persoalan menjaga hati.Seketul daging yang semestinya payah benar untuk dijaga.




Kesucian hati bukanlah hal yang boleh kita pandang enteng, terutamanya bila bergelar daie.Hati yang mati tidak akan sesekali mampu menghidupkan hati mati yang lain.Hati yang ternoda dengan maksiat, ditutupi dengan debu-debu dosa dan ditambah lagi dengan karat-karat jahiliyyah...Beginikah hati seorang daie? Jika beginilah hati kita, maka kasihan pada mad'u di luar sana.

Mereka amat mengharapkan bimbingan, namun tidak nampak sinar cahaya yang ingin daie cuba suluhkan..lantaran timbunan dosa di hati sang daie yang menjadi penghijabnya."Ya Allah, ampunkan hamba yang lemah ini"



Beberapa amalan yang kadang-kadang nampak biasa, tetapi kesannya pada hati amat luarbiasa.Jom sama-sama kita amalkan.Semoga boleh 'clorox'kan hati yang hitam.Antaranya

-Zikrullah
"Ingatlah,hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (Ar-ra'd:28)

-Qiamullail
" Sungguh, bangun malam itu lebih kuat(mengisi jiwa); dan (bacaan di waktu itu) lebih berkesan"(Al-Muzzammil:6)

-Membaca dalan mentadabbur ayat suci Al-Quran
" Mahasuci Allah yang telah menurunkan Furqan(Al-Quran) kepada hamba-hamba-Nya Muhammad, agar dia menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam(jin dan manusia)."(Al-Furqan:1)




Saidina Umar apabila menguruskan tentera islam untuk menghadapi musuh-musuh Allah, beliau berpesan kepada Saad bin Abi Waqqas:

Wahai Sa'ad!Aku berpesan kepada kamu agar bertaqwa kepada Allah.Sesungguhnya kamu diberi kemenangan oleh Allah kerana maksiat yang dilakukan oleh musuh.Sekiranya kamu melakukan maksiat seperti musuh, sedang bilangan kamu tidak sama seperti mereka, kamu akan dikalahkan oleh musuh.Ketika itu kekuatan zahiriyyah yang menentukan kemenangan.."

17/05/2009

monolog hati

Perjuangan itu gerun dan mengerikan
Hebat dan dasyat menggerukkan hati
Bagi mukmin di sini harga dan nilainya

Perjuangan itu bagai sampan di laut
Di atas lapang tiada perlindungan
Di bawa air melambung dan menggunung
Menongkah gelombang yang datang melanda

Kiri kanan depan dan belakang
Angin yang menderu tidak tahu bila datang
Hujan badai yang datang menyerang
Bak singa yang lapar yang garang

Kadang-kadang terdampar di batu karang
Penumpang menerima nasib berlainan
Ada yang jatuh ada yang tenggelam
Yang pandai berenang berpaut ke sampan

Ada yang berjaya berenang ke tepian
Sekali lagi dia melayar sampan
Walau pelayaran mungkin tidak berjaya
Namun harapnya hanya pada yang esa





Saya amat merindui saat-saat itu.Saat dan ketikanya hati ditarbiah.Sesungguhnya jiwa jundi ini masih tenggelam timbul.Langkah kaki masih belum teguh menuju medan juang.

"Ya Allah, thabatkan hati ini di jalanMu".


Tidak ingin sesekali aku futur dan berundur dari medan ini.

~monolog hati~17MEI09~

16/05/2009

Jom join:)



Cuti semester sudah tiba...

exam..exam juga… dah habis pening exam,

agaknya apalah aktiviti yang dapat

di buat masa cuti ni ya? "

"Anda ada masa,

tapi tidak tahu untuk di isi dengan aktiviti apa? "


BERITA BAIK...!!

Infaklah masa anda sepanjang @ separuh cuti semester

dengan menjadi.....

"SUKARELAWAN DAKWAH"


Bagi Mengisi Kekosongan Sebagai

Penggerak Program:

1. Latihan Aktivis Dalam Isu Sosial (LANDAS)

2.Angkatan Banteras Islam Liberal (ABABIL)

3.Rumah Perlindungan Wanita (RAUDHAH)

4.Latihan Bersama Pelajar Islam Selatan Thai


Berminat? Jom...sertai kami..

Untuk Maklumat Lanjut, Sila Hubungi ;

1. Abg. Mesol : 019 - 4403060 a
2. Kak Wan : 012 - 560 7547



P/S - untuk yang berada di penang amat dialu-alukan:)

13/05/2009

tentang cinta....

kata mereka kau tak ranggi
belajaq tinggi-tinggi
tapi pakwe or makwe pun xda lagi
xda teman nak berkepit sana-sini
konon nak jadi muslim/ah sejati
x best life macam ni
tapi kau kata
aku tak peduli
biar Allah di hati
kan Allah dah janji
" Perempuan yang keji untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji untuk perempuan yang keji, sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik, dan laki-laki yang baik untuk perempuan yang baik.."(An-nur:26)



Menghampiri akhir zaman, bukanlah suatu kepelikan melihat si teruna dan dara yang belum sah menjadi suami isteri bermesra-mesraan di atas motor, di taman bunga mahupun di tempat awam.Yang menjadi pelik bila umur semakin meningkat, tapi belum ada partner untuk dibuat teman ke sana-sini kononnya teman sejati susah senang sekali(konon-kononlah..huhu)

Sampaikan ada yang merungut kesedihan, kesunyian dan kesepian hidup bersendiri.Mungkin terasa diri tidak disayangi apatah lagi bila dikelilingi teman-teman yang bahagia dengan partner masing-masing.




Secara fitrahnya, memang insan ada naluri untuk dikasihi dan disayangi.Tapi, berbahagia dan bertuahlah mereka yang berjaya mengekang hawa nafsu dari terjebak ke dalam cinta murahan.Cinta yang menjadi kunci pembuka zina.Zina yang akhirnya melahirkan anak luar nikah, anak-anak tidak berdosa yang akhirnya "menghuni" tong sampah.Kesian si kecil yang masih suci tak berdosa.


Cinta yang lebih bermakna adalah cinta yang lahir selepas terbinanya 'masjid' yang halal dan sah.Ini fakta yang benar!Pengalaman dari mereka yang hanya bercinta setelah berkahwin.Kalau tak percaya, cuba baca buku "Pemilik Hatiku setelah Allah dan Rasul" tulisan saudari Fatimah Syarha.

Pesan pada hati, usah bersedih jika diri belum dimiliki."Soleh" dan "solehah"kan diri, kelak akan Allah ketemukan pemilik hati yang terbaik.Bidadari bukan sekadar peneman di dunia,tetapi suri hidup di Jannah kelak.



11/05/2009

B.A.H.A.G.I.A

B.A.H.A.G.I.A.Bahagia sangat subjektif.Bahagia ada pelbagai warna dan rasa.Sukar menterjemahkannya.Ada yang merasa bahagia bila selonggok timbunan harta di depan mata.Bahagia si pasangan bercinta di saat berkasih-kasihan dengan si dia tersayang.Ada juga yang bahagia bila kareer di puncak tertinggi.Ahli sufi terkenal, Rabiatul Adawiyah pula memilih bahagia di saat hatinya bulat-bulat diserahkan kepada Allah.Siang dan malam menburu cinta dan kasih agung Illahi.

Sekadar untuk tatapan mata hati, di dalam buku yang sempat saya baca ada menulis tentang meninggalkan 8 perkara sebagai punca kebahagiaan.

Umar r.a diberitakan pernah berkata:
"Siapa yang meninggalkan cakap yang berlebihan, dianugerahi kepadanya kebijaksanaan."

"Siapa yang meninggalkan pandangan yang berlebihan, dianugerahi kepadanya kekhusyukan hati."

" Siapa yang meninggalkan ketawa yang berlebihan, dianugerahi kepadanya kehebatan dalam dirinya."

" Siapa yang meninggalkan makan yang berlebihan, dianugerahi kepadanya kelazatan beribadah."

"Siapa yang meninggalkan gurauan, dianugerahi kepadanya keindahan budi bahasanya."

" Siapa yang meninggalkan cinta kepada dunia, dianugerahi kepadanya cinta kepada akhirat."

" Siapa yang meninggalkan kesibukan menghitung aib orang lain, dianugerahi kepadanya kesempatan untuk memperbaiki dirinya sendiri."

"Siapa yang meninggalkan menyelidiki tentang bagaimana keadaan Allah S.W.T maka dia kan dianugerahi keselamatan dari iktikad orang munafik."





Bila susah tiada gelisah
Bila miskin syukur pada Tuhan
Bila sakit tiada resah di jiwa
Bukankah Tuhan telah berfirman
Ketahuilah dengan mengingati Allah
Jiwa kan menjadi tenang


Kebahagiaan itu suatu kesyukuran
Bila kaya jadi insan pemurah
Bila berkuasa amanah
Bila berjaya tidak alpa
Bila sihat tidak lupakan Tuhan

Hakikatnya bahagia itu
Adalah ketenangan
Bila hati mengingati Tuhan

Semua insan kan mengerti
Maksud terseni Ilahi
Itulah zikir yang hakiki

Ini sebahagian dari bait-bait lagu "Hakikat Bahagia" by UNIC.Bagi sang perindu akhirat yang hidupnya bukan hanya bertatih mengejar dunia, mardhatillah matlamat akhir hidup.Bahagia bila menyedari duduk, bangun, baring dan musafirnya ada Allah.Bahagia bila di akhirat kelak, syurga Firdaus berjaya dihuni.Dan kita, bagaimana pula?Bahagia bagaimana yang ingin kita ketemu?

06/05/2009

Pahit tapi Manis

Hari ni masuk bulan ke-2 saya di rumah.Waktu berlalu x menanti sesiapa dan saya merasakan waktu-waktu saya di rumah berlalu begitu sahaja.Alhamdulillah minggu-minggu pertama cuti saya habiskan dengan menghadiri seminar dan training.Cuma sejak 2 3 hari ni je asyik mengulang-ngulang rutin yang sama.Bukan bosan yang menjadi masalah utama.Apa yang saya bimbangkan sejauh mana hati saya 'berpaut' pada Allah.Berada di zon selesa tanpa ada mehnah dan ujian amat saya takuti.

Sesekali terasa rindu hari-hari di Darul Quran.Rindu pada tasiknya, pada ukhwah yang sangat mantop dan paling utama rindu pada tarbiahnya.Sem first di DQ,macam-macam saya diuji Allah.Kepayahan menghafaz ditambah pulak dengan ujian sakit bersilih-ganti menimpa saya.Sampaikan bila mak telefon pun, saya tahan sebak.Terasa nak menangis,tapi saya pendam.

Namun, ujian-ujian itulah yang paling bermakna buat diri saya.Ujian 'hadiah dari Allah'buat hati yang tabah menerimanya.Datangnya segala ujian mendekatkan saya dengan Allah.Sepertiga malam waktu yang paling bahagia.Bila bersujud sambil air mata tak henti-henti mengalir, saya luahkan pada Allah segala kesusahan saya.Waktu itu, saya rasakan Allah sangat dekat.Bila hati terasa dekat dengan Allah, ada kekuatan menemani hari-hari sukar saya.Saya jadi lebih tabah, lebih kuat dan tak mudah mengalah.Berkat ujian Allah juga,akhirnya 30 juz berjaya saya habiskan.

Teringat pesan ayah semasa saya SPM.Waktu tu, satu badan saya diserang sakit kulit dan gatal-gatal.Memang sakit.Jawab exam dengan penuh keseksaan.Tapi ayah selalu ingatkan saya kisah Nabi Ayub.Sabarnya nabi Ayub menerima ujian Allah.Tak pernah merungut, mengeluh apa lagi menyalahkan Tuhan atas takdir yang menimpa.

" Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan "kami telah beriman," dan mereka tidak diuji?" (Al-Ankabut:2)

Ujian sesungguhnya wasilah mendekatkan diri dengan Yang Maha Pengasih.Ujian tanda belaian kasih sayang Allah pada hamba.Beruntung haati-hati yang diuji kerna bila diuji, hati akan kembali pada Allah.Sedetik pun tak akan leka mengingati Allah.Hidup dan mati di bawah lembayung kasih sayang Allah.Subhanallah,walau terkadang pahit untuk ditelan, manisnya ujian sukar untuk diungkap:)

05/05/2009

biar kerana Allah

Alhamdulillah, Praise be to Allah, akhirnya berjaya juga untuk berblog.Agak cemburu melihat sahabat-sahabat yang aktif blogging dan juga sedih kerna tidak dapat menyumbang apa-apa pada islam sepanjang 'honeymoon' di rumah.Berada di rumah tidak terasa lansung momentum untuk berdakwah, kalau ada pun hanya sekecil kuman barangkali.Dan saya amat mengharapkan kewujudan blog ni mampu memberi sumbangan pada perjuangan membawa dakwah.Semoga ada nilaian di sisi Allah:) Wallahua'lam