20/12/2010

Rindukan mereka



                                     
Muhammad Ariff Wafiq


 
Naurah Sabihah

Mode; sungguh rindukan mereka,anak-anak saudara kesayangan saya. Andai jarak penang ke kuantan hanya sejengkal, hari-hari saya balik. Rindu nak  menatap wajah comel naurah dan wafiq,melayan kerenah mereka.

Cuti sem seminggu lebih sempat saya habiskan bersama mereka. Menjadi babysitter 24 hours. Tukar pampers, bancuh susu, tukang mandikan, suap makan + dodoikan sampai tidur Alhamdulillah saya dah rasa=). Saya akui,memang meletihkan. Nak-nak lagi dengan ariff yang baru 11 bulan. Hyperaktif dan suka memanjat sana sini. Kadang-kadang hampir hilang sabar, tapi cuba untuk berasional & tidak beremosi

Pengalaman yang mungkin hanya secebis & seketika dirasa, tapi cukup memberi makna.

Bila letih kerana terpaksa bangun malam menukar pampers & bancuhkan susu ariff, maka saya mengagak perasaan itulah yang mak rasa berpuluh tahun lalu.Waktu menjaga kami 6 beradik. Barangkali lagi menggugah kesabaran kerana jarak antara kami beradik hanya selang 2 dan 3 tahun. Tapi jarang amat saya lihat mak letih, apatah lagi merungut. Dan sampai sekarang layanan & kasih sayang mak tak pernah berkurang, masih seperti dulu. Hebat kan seorang yang bergelar ibu? Kerana itu di sisi Islam, taraf seorang ibu sangat mulia

Firman Allah s.w.t. dalam surah Luqman ayat 14:
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan atas kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan kepada Akulah tempat kembalimu.

Maka, hargailah orang tua anda seadanya mereka di sisi. Tak mampu untuk dibalas segala pengorbanan & penat-lelah mereka. Mereka tak minta dibahagiakan dengan material & harta segala , tapi cukuplah dikirim ingatan & doa yang ikhlas.Doa anak-anak soleh yang  menjadi saham di sana kelak (^_^)
 
“Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku, dan bagi kedua ibu bapaku,

serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dengan keadaan beriman;

dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan;

dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan!” [Nuh 71:28]