20/02/2011

Jangan terdampar sepi


" Jangan tersungkur mati, Jangan terdampar sepi "
"Ketahuilah bahawa orang yang berjaya adalah orang yang tahu bagaimana untuk melakarkan sejarah silam yang gelap ke sejarah cerah hari esok..."
Jom cabar diri menjadi insan berjiwa besar!

 
 
 
 
 
 
 

13/02/2011

Dedikasi untuk kamu



Dedikasi khas untuk kamu, yang sedang merintis jalan pulang menuju Dia yang satu. Mengertilah bahawa jalan itu tidak pernah ada pintu yang menutupnya apatah lagi tembok yang menghadang insan menakluknya. Lantaran rahmat kasih sayang pencipta itu tak tergambar luasnya,  melebihi pedih azab siksaNya. Berjalan dan terus berjalan. Jangan diimbau  lagi kisah luka itu. Hanya menjeruk hati, menggores luka, mematikan niat murni sekeping hati yang tulus. 

Berbahagialah andai ada yang menduga di sepanjang permusafiran itu. Kerana itu sebenar-benar jalan yang dilorongkan Allah buat hambaNya yang ikhlas mencari. Ada hikmah dalam musibah.Telan kepahitan itu, demi manisnya kenikmatan jannah.

" Dan apabila hamba-hambaKu yang bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran"(Al-Baqarah: 186)

Genggam erat-erat ayat cinta itu dalam hati kamu, maka kamu akan tahu Allah ada dalam tiap denyut nadimu. Allah mendengar bila kamu merintih, Allah yang membangunkan bila kamu tersungkur jatuh~

Coretan berisi doa & mahabbah,
-AYONG-
13022011