19/05/2011

Baitulmuslim =)

video
Dedikasi khas untuk sahabat-sahabat yang bakal mendirikan baitulmuslim.Sangat tertarik dengan kesederhanaan yang diamalkan pasangan dalam video ini. Mengikut adat,namun masih menjaga syariat. Begini sebenarnya walimah yang dianjurkan dalam islam. Tidak terlalu berlebih-lebihan, sekadarnya bukan membazir.

Teringat satu kuliah yang disampaikan oleh Ustaz Badlishah, antara tips untuk menjadikan rumahtangga itu sebahagian daripada gedung pahala;
  • Masing-masing faham & memainkan peranan..sebagai contoh suami melaksanakan  tanggungjawab memberi nafkah sementara isteri memberi ketaatan kepada suami.
  • Berbangga dengan kelebihan yang dimiliki pasangan masing-masing
  • Menerima kelemahan suami atau isteri seadanya
Berkahwin bukan hanya untuk membina masjid, tetapi yang lebih penting  bagaimana untuk  memastikan masjid itu terus 'hidup' dengan suluhan iman & islam. Imam dan makmumnya sama-sama mendapat kebaikan. Dan kasih sayang serta cinta yang disuburkan didalamnya kekal hingga ke syurga kelak.
Untuk kalian sahabat-sahabatku, didoakan semoga baitulmuslim yang dibina dinaungi mawaddah, rahmah & sakinah dari Illahi. Teruslah berkasih-sayang hingga ke syurga =)

"Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1)

10/05/2011

Jatuh hati dengan KMS!



 Khalifah Model School (KMS) atau Sekolah Mithali Khalifah....Agak teruja tatkala pertama kali mendengar tentang sekolah ini. KMS diasaskan pada tahun 2006 oleh Allahyarham Prof. Muhammad Al-Mahdi Jenkins. Rupanya ada keunikan tersendiri pada sistemnya.  Bukan sekolah kebangsaan biasa yang intipatinya hanyalah ingin mengejar kecemerlangan akademik semata. 
Asas  penubuhannya adalah untuk melahirkan cendekiawan Muslim yang berakhlak mulia di samping memiliki kepakaran dalam bidang tertentu. Dalam erti kata yang lain, ingin lebih ramai Al-Farabi, Ibnu Sina dan Ibnu Khaldun ingin dilahirkan. Di samping matapelajaran seperti sains, bahasa melayu, matematik..hafazan Al-Quran & Islamic Studies  juga antara kurikulum yang diberi penekanan.  Cantik kan bila subjek tersebut diintegrasikan dengan pendidikan islam? Terasa seimbang dunia & akhirat. 


3 pendekatan yang digunapakai di sekolah ini adalah mendidik anak-anak supaya faham dan mencintai tugas sebagai Khalifah Allah, memberikan penghargaan dan pujian penuh kasih-sayang terhadap perlakuan baik yang ditunjukkan di samping menetapkan peraturan yang munasabah dan melaksanakannya secara konsisten dan berhikmah tanpa kekerasan (Kind Discipline). Dan lagi uniknya, bila anak-anak di sekolah ini turut dibekalkan dengan added skills seperti Public Skill, Creative Writing, Group Work & Civil Conciousness.Aktiviti menarik seperti Islamic Month juga antara pengisian yang memaknakan keberadaan mereka di sini.

Saya  pernah terbaca coretan ibu-bapa yang menghantar anak-anak mereka ke sini. Rata-ratanya berpuas hati  dan menzahirkan rasa syukur. Si kecil dengan sendirinya membaca doa makan tanpa disuruh, tiada lagi perasaan malas untuk belajar & menjadi anak yang lebih bertanggungjawab. Apa lagi yang lebih menyenangkan hati mak ayah selain punya anak-anak yang menjadi penyejuk mata, penawar hati? Mungkin lebih wang perlu dilaburkan, tetapi berbaloilah pelaburan itu andai anak-anak itu menjadi saham berharga pabila ibu dah ayah meninggal kelak.


Berbesarlah hati seandainya lebih banyak sekolah seperti ini di Malaysia. Kerana matlamat kita bukan sekadar ingin melahirkan doktor, jurutera atau guru cuma,  tetapi inginkan anak-anak yang berjiwa khalifah. Mereka yang faham & mengerti bahawa tugas hakiki bukan sekadar mencukupkan makan dan pakai sendiri, tetapi menjadi penyelamat ummah. Seperti yang termaktub dalam Al-Baqarah; 30
“ Dan (ingatlah ) ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat, “Aku hendak menjadikan khalifah di bumi.....”

Jatuh hati dengan KMS!