02/09/2012

=)

Rezeki yang Allah murahkan, urusan yang Allah mudahkan sesungguhnya lebih banyak dari ujian, musibah yang Allah timpakan. Berhentilah mengeluh, jadi hamba yang bersyukur.

Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? (Ar-Rahman)

Reminding myself (T T)

"makteh, sila bersyukur, sila jangan mengeluh, sila jadi rajin & kuatkan semangat \(^_^)/" (naurah,2012..hehe)

11/06/2012

MY FYP :)

Dalam mode menyiapkan  Final Year Project (FYP) proposal \( ^_^)/
"Rice husk ash silica hybrid carrier for α-mangostin" 
Setelah sesi rebut-merebut tajuk, akhirnya inilah tajuk yang tertakdir untuk saya.Jumpa supervisor, terlopong kejap dengar explanation.
Dalam hati "apa dia ni, xpernah belajaq pun" kerana bidang saya hanyalah sekitar DNA, macam mana nak hasilkan genetic modified organism dan seumpamanya. Secara ringkasnya..dalam projek ni, nak hasilkan silica daripada sekam padi & silica tu akan dijadikan sebagai drug carrier.Banyaknya aplikasi chemistry & physics. 
Take it as a challenge, saya sengaja mencabar diri. Meneroka sesuatu yang baru pastinya susah. Tetapi yang susah itu lebih banyak manisnya. Inilah peluang untuk belajar & mendalami sesuatu yang baru kerana ilmu Allah kan luas :) . So, be optimist! 

28/01/2012

Have faith in Allah

"Jika Allah mengetahui ada kebaikan dalam hatimu, nescaya Dia akan memberikan kepadamu yang lebih baik dari apa yang telah diambil daripadamu dan Dia akan mengampuni kamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" (Al-Anfal:70)



05/01/2012

N.E.V.E.R.G.I.V.E.U.P

-mode pening + nak give up dengan Natural Product-

" Ya ALLAH, tiada apa yang mampu aku hadiahkan pada kedua ibu & ayahku, melainkan kejayaan di dalam akademik. Tiada wang yang banyak, tiada harta yang melimpah untuk menyenangkan mereka. Hanya kejayaanku yang mampu membuatkan mereka tersenyum dan terubat segala jerih-payah mereka. Ya Allah, Engkau Tuhan yang Maha Memudahkan, permudahkanlah bagiku. Andai kepayahan menuntut ilmu ini menyenangkan kedua orang tuaku kelak, redhakan aku dengan kesusahan itu. Jadikan aku hambaMU yang sabar dengan ujian, yang tidak tertewas dengan kekalahan. Dengan penuh kerendahan hati aku pohon padaMu ya Allah...perkenankanlah doaku" (T T)

26/12/2011

141211:21:50



Melafazkan baiah untuk memikul satu lagi amanah pada tanggal 14 Disember 2011; 9.50 PM. Walaupun saya tahu saya tidak mampu tidur lena lagi dengan  amanah itu, ada masa untuk diri sendiri yang perlu saya korbankan & kritikan pedas yang harus saya tadah, tapi itulah mungkin sekecil-kecil sumbangan yang mampu saya beri. Saya tidak melihat amanah itu sekadar bebanan, taklifan, tetapi satu PELUANG. Peluang untuk menjadi yang lebih baik dari yang sebelumnya. Peluang menyumbang idea untuk organisasi, peluang untuk memahirkan diri dengan soft-skill yang pelbagai. Akhir kalam, moga Allah menguatkan kami untuk berdiri sebagai pemimpin, sebaik-baik pemimpin dunia & akhirat..ameen=)

15/10/2011

.................

Ketika Allah rindu pada hambaNya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian…
Dalam hadith qudsi Allah berfirman:
Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.”(HR. Thabrani dari Abu Umamah)
~Sesungguhnya Allah rindu melihat rintih-tangismu..kerana itu hati itu diuji, yakinlah bahawa Allah ada, menemani tiap langkah.Tidak ditinggalkan dirimu walau dalam kadar sekelip mata..~
Cukup bagiku Allah (T T)

23/08/2011


  " Dia (Allah) yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang Mukmin supaya bertambah keimanan mereka di samping keimanan mereka (yang telah ada). Dan kepunyaan Allah tentera langit dan bumi, dan adalah Allah itu al-‘Alim (Maha Mengetahui), lagi al-Hakim (Maha Bijaksana). " (Al-fath:4)
" Ya Allah, aku berlindung pada-Mu dari sedih dan gelisah.Ya Allah, aku berlindung pada-Mu dari sifat lemah dan malas. Aku juga berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil serta dari cengkaman hutang dan penindasan orang"
 
~Rintih hati~ 
23 Ramadhan 1432H