29/11/2010

Sebenar-benar Cinta,Kasih & Rindu


Hayati kisah ini.Rindu, kasih dan cinta yang sebenar-benarnya ditunjukkan seorang nabi kepada ummatnya. Tatkala di saat-saat hujung nyawa, masih terlafaz di bibir baginda "ummati, ummati, ummati ".Dipinta kepada malaikat supaya sakit sakaratulmaut itu ditimpa kesemuanya ke atas dirinya supaya sakit itu tidak lagi dirasai oleh umat sepeninggalannya.

Dengan penat-lelah, jerih-payah baginda hari ini kita bergelar mukmin & muslim. Berkat kesabaran hati yang tabah dihina, dicaci, dilempar najis itulah kita merasa nikmat iman & islam tanpa perlu bersusah-payah.

Allahu..agungnya kasih & cinta itu.Kasih yang tiada tara.Cinta yang sukar dicari ganti.Selawat & salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.Syafaat darimu yang kami damba, duhai kekasih Allah! Semoga kelak kami mampu menatap wajahmu (T T)

19/11/2010

Di mana tersisanya 24 jam itu?

Hari keempat keberadaan di rumah.Masih punya beberapa minggu cuti yang berbaki.Amat berharap cuti kali ni dapat dimanfaatkan  semaksimumnya. Tidak mahu sisa waktu itu berlalu pada perkara yang tiada faedah penghujungnya. Perancangan cuti saya berjela panjang antaranya mengulang Al-Quran, mengkhatam beberapa buah buku, menjadi fasilitator kem dan banyak lagi.Semoga  perancangan itu tidak terlakar di atas kertas semata-mata, bukan atas dasar semangat cuma.Work your plan!
 Peringatan untuk diri:

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta nasihat-menasihati dengan kesabaran"        (al-'Asr: 1-3)

" Kewajipan lebih banyak daripada waktu yang ada" ( As-Syahid Imam Hassan Al-Banna )


“ Masa itu umpama pedang. Jika kamu tidak memancungnya, ia yang akan memancung kamu.” (Saidina Ali)

Sabda Rasulullah;
"Rebutlah lima perkara sebelum lima perkara. Mudamu sebelum tua, sihatmu sebelum sakit, kayamu sebelum miskin, senangmu sebelum susah dan hidupmu sebelum mati." ( At-Tirmidzi)

Terlalu banyak peringatan tentang masa.
Renungilah, sejauh mana kita mengambil peringatan itu? Muhasabahlah, adakah kita memberikan hak yang sewajarnya pada 24 jam yang ada? Di manakah tersisanya 24 jam itu?

09/11/2010

Berlarilah menuju garisan penamat!

(Booster di kala semangat serasa menurun)

Pecutan itu perlu & hukumnya kadang-kadang menjadi wajib walaupun di lampu merah (sila apply waktu exam sahaja- jangan di jalanraya:P)

Selagi ada masa masih tersisa untuk meletakkan daya usaha, teruskanlah. Jangan menyerah sebelum kalah.Jangan berundur selagi masih ada kekuatan untuk mengorak langkah.Berlarilah menuju garisan penamat walaupun ada duri-duri dan luka yang menghalang!

"...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
(Surah Yusuf ayat 87)

Putus asa bukan sifat seorang mukmin.Never give up.You can do it!

Adunkan usaha,doa & tawakal.Yakinlah Allah Maha Pemberi yang terbaik buat hamba-hambaNYA (^_^)