11/06/2012

MY FYP :)

Dalam mode menyiapkan  Final Year Project (FYP) proposal \( ^_^)/
"Rice husk ash silica hybrid carrier for α-mangostin" 
Setelah sesi rebut-merebut tajuk, akhirnya inilah tajuk yang tertakdir untuk saya.Jumpa supervisor, terlopong kejap dengar explanation.
Dalam hati "apa dia ni, xpernah belajaq pun" kerana bidang saya hanyalah sekitar DNA, macam mana nak hasilkan genetic modified organism dan seumpamanya. Secara ringkasnya..dalam projek ni, nak hasilkan silica daripada sekam padi & silica tu akan dijadikan sebagai drug carrier.Banyaknya aplikasi chemistry & physics. 
Take it as a challenge, saya sengaja mencabar diri. Meneroka sesuatu yang baru pastinya susah. Tetapi yang susah itu lebih banyak manisnya. Inilah peluang untuk belajar & mendalami sesuatu yang baru kerana ilmu Allah kan luas :) . So, be optimist!