04/12/2009

Cintailah......

"Tiap-tiap yang indah itu cinta tetapi yang indah mutlak hanyalah satu iaitu Yang Maha Esa. Bahagialah orang yang telah sempurna mahabbahnya akan Dia. Kesempurnaan mahabbahnya itu ialah kerana dia menginsafi 'tanasub' yakni persesuaian batin antara dirinya dan Dia. Orang yang paling bahagia di akhirat kelak ialah orang yang paling kuat mahabbahnya kepada Allah s.w.t..

Semakin kuat mahabbah antara Muhib (pencinta) dengan Mahbubnya (yang dicintai), maka semakin besarlah nikmatnya. Puncak kelazatan itu adalah pertemuan itu. Lazat datang setelah datangnya mahabbah. Mahabbah timbul daripada makrifat. Makrifat lahir setelah hati bersih daripada renungan fikir dan zikir yang murni, puncak percintaan ialah nikmat yang mampu 'disentuhi' dan 'dikecapi' setelah mampu melihat keindahan Ilahi - Robbi...."

[Imam al-Ghazali ; Minhajul 'Abidin]




Cintailah Allah yang Maha Mencintai....Dia yang Maha Berkuasa,Maha Pengasih, Maha Penyayang


Menghidupkan denyut-denyut nadi
Menyinari bumi dengan sang mentari
Menumbuhkan pohon-pohon tinggi

Walau hamba-hambaNya sering lupa diri, lupa untuk bersujud dan bersyukur......

09/11/2009

dari hati ke hati

Hari-hari yang kita lalui tak menjanjikan warna pelangi indah dan ceria.Adakalanya suram.Hanya senyum pudar yang mampu terukir pada bibir.Namun, percayalah...Pada duri yang ada di kiri dan kanan jalanan, pasti ada hikmah yang ingin Allah titipkan.Tidak sia-sia aturanNya walau sesekali jiwa terasa berat untuk menerima apatah lagi akur pada takdir itu.......Be strong!Allah be with us:)

Ketika orang lain bergantung pada dunia, gantunglah dirimu hanya pada Allah.
Ketika orang lain merasa gembira dengan dunia, jadilah dirimu gembira kerana Allah.
Ketika orang lain merasa bahagia kerana kekasih mereka, jadilah dirimu merasa bahagia dengan Allah,
dan
ketika orang-orang pergi menghadap raja dan pembesar-pembesar untuk mengais harta dan mencintai mereka, jadilah dirimu betul-betul mencintai Allah"
- IBNUL QAYYIM-


“Truly in the heart there is a sadness that can not be removed except with the happiness of knowing Allah SWT and being true to Him.
And in it there is an emptiness that can not be filled except with love for Him and by turning to Him and always remembering Him.
And if a person were given all of the world and what is in it, it would not fill this emptiness.”
- Ibn Al-Qayyim

Kita sering menangis memikirkan persoalan yang telah dan akan terjadi.... tinggalkan rasa duka semampumu kerana memikul beban duka boleh membuatmu gila.. kelmarin Tuhan telah menolongmu.. percayalah,esok pun Dia tetap akan menolongmu..... - nasihat Imam Syafie

Berpenat lelah lah kerana
sesungguhnya kesenangan itu selepas kepayahan.
Jgnlah berdukacita kerana hidup ini meletihkan,
sebab demikianlah hidup itu diciptakan.."
-Imam Asy Syafie



~resapi semangat pada jiwa yang makin layu...moga ia terus kembang mekar biar dimamah seribu mehnah~

18/10/2009

Rugi.........rugi sangat...

Rugi......rugi sangat kalau xpi wacana ilmiah ni.


Rugi......rugi sangat kalau xpi wacana ilmiah ni.

14/10/2009

Ayuh Beramai-ramai :)



Berapa ramaikah antara kita yang benar-benar menitikberatkan kesucian dan halal haram dalam pemakanan?
Berapa ramaikah antara kita yang seratus-peratus menggunakan produk yang bukan hasil tangan si yahudi?
Tepuk dada dan tanyalah iman 


Agak menyedihkan,ya? Tanpa sedar, kita juga kadangkala menjadi pembunuh saudara seislam kita sendiri.Dengan membeli barangan keluaran zionis, yahudi dan sekutu-sekutunya seperti Nestle, Mc Donald dan beraneka macam lagi, kita sebenarnya membeli peluru dan bom yang akhirnya meragut nyawa si kecil tidak berdosa di Palestin sana.Kejamnya kita!

Soal kesucian dan halal haram dalam pemakanan juga antara isu yang sering kita pandang remeh.Walhal, aspek inilah yang sangat perlu diberi perhatian memandangkan tiap butir makanan yang masuk ke dalam tubuh bakal menjadi darah daging kita.Saya akui sejak akhir-akhir ini, terasa susah benar untuk mencari makanan yang ramuannya 100% halal dan suci.Pasti ada, walaupun sedikit yang diadun dengan lemak dan usus babi.

Jadi, tunggu apa lagi?Jom bersama menyokong barangan keluaran Muslim.Jauhi produk haram,syubhat juga produk keluaran zionis kejam.Sama-sama berusaha mencari keberkatan dan keredhaan Illahi.

“ Wahai manusia!Makanlah dari (makanan) yang halal dan baik yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah setan.Sungguh, setan itu musuh yang nyata bagimu.” (surah Al-Baqarah :168)

14/09/2009

Ramadhan hampir melabuhkan tirainya, kesedihan yang amat buat abid yang benar-benar menghayati dan mencari natijah Ramadhan.Dalam masa yang hanya berbaki kurang seminggu, teruslah duhai jiwa-jiwa mencari cahaya hidayah, penyuluh menerangi jalan menuju cinta Illahi.

Beristiqamahlah dalam Qiamullail, tarawih, tilawatul Quran di samping memburu malam Lailatul Qadar yang hadirnya satu dalam sejuta.Moga di pengakhiran ramadhan, kita benar-benar layak untuk merayakan kemenangan "berjihad" sekaligus dinobatkan gelaran Al-Muttaqin sebagaimana yang telah Allah janjikan di dalam Quranul Karim;

"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa (Al-Baqarah:183)"

21/08/2009

Salam Ramadhan

Moga Ramadhan yang hadir bukan sekadar mengumpul letih dan dahaga, namun natijahnya mampu dirasa dan dihayati, mampu menjadi madrasah penyuci diri

10/08/2009

Pedulikah aku????

Alhamdulillah setelah berabad lamanya jari-jemari tidak menekan keyboard dan blog tidak"berupdate", hari ni Allah berikan kesempatan masa untuk 'mengemas' semula blog yang nampaknya semakin berlalang dan bersemak-samun.

"tau dak kes marwa al-sherbini?" seorang sahabat mengajukan pertanyaan kepada saya.
"tak tau pun"soalan itu hanya saya jawab dengan gelengan kepala.Sungguh lansung saya tidak tahu-menahu tentang kes itu.

Sahabat itu terus bercerita panjang lebar tentang tragedi berdarah yang menimpa saudara seislam kita.Marwa Al-Sherbini,seorang muslimat mesir telah ditikam oleh Alex,seorang penganggur Russian-German.Alkisahnya bermula apabila Marwa memfailkan dakwaan terhadap Alex yang telah menggelarnya "terrorist" kerana bertudung.

Kes itu telah dibawa ke mahkamah.Mahkamah memutuskan kemenangan tehadap Marwa dan Alex dikenakan denda sebanyak 2800 euros.Malangnya, selepas mahkamah mengisytiharkan kemenangan ke atas Marwa, Alex telah bertindak menikam muslimat ini sebanyak 18 tikaman di dalam mahkamah.Suami Marwa yang berada di tempat kejadian juga cuba untuk menyelamatkannya, namun turut ditikam 3 kali dan ditembak oleh pihak polis.

"Astaghfirullah"hanya itu yang berdetik di hati saya.Kisah yang sungguh tragis dan menyayat hati.Apa yang berlaku cukup terkesan di hati saya.Juga memberikan ruang seluas-luasnya untuk bermuhasabah.Betapa saya masih belum peduli dengan apa yang berlaku di sekeliling.

Alasan sibuk dengan segala macam exam, kuiz dan assingment menjadikan diri seperti katak di bawah tempurung.Tidak prihatin dengan apa yang berlaku khususnya pada nasib saudara seakidah.Saya akui "zon selesa" cukup menjadi tembok pemisah yang memisahkan diri dengan dunia luar.
"Allahuakbar, lemahnya saya...."


Sabda Rasulullah S.A.W:
"Sesiapa yang bangun pada waktu pagi dan tidak mengambil berat urusan orang islam beliau bukanlah daripada golongan mereka"



Barangkali saya harus lebih menghayati hadis ini.Hidup bukan hanya untuk diri sendiri namun untuk ummah dan paling penting hidup untuk islam.Harus lebih menghadam isu-isu semasa supaya diri sedar aku adalah khalifah Allah yang menjadi mata rantai perjuangan Rasulullah.

Kata AsSyahid Syed Qutb
"Manusia yang hidup untuk dirinya sendiri, usianya amatlah pendek, Bermula dari hari kelahirannya dan tamat letika maut mengundang.Akan tetapi bagi mereka yang hidup untuk perjuangan, usianya panjang.Bermula dari hari diciptakan Adam berakhir tatkala Dia memusnahkan alam."



Ayuh diri, bangunlah dari lenamu yang panjang!