"Jika Allah mengetahui ada kebaikan dalam hatimu, nescaya Dia akan memberikan kepadamu yang lebih baik dari apa yang telah diambil daripadamu dan Dia akan mengampuni kamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang" (Al-Anfal:70)
28/01/2012
05/01/2012
N.E.V.E.R.G.I.V.E.U.P
-mode pening + nak give up dengan Natural Product-
" Ya ALLAH, tiada apa yang mampu aku hadiahkan pada kedua ibu & ayahku, melainkan kejayaan di dalam akademik. Tiada wang yang banyak, tiada harta yang melimpah untuk menyenangkan mereka. Hanya kejayaanku yang mampu membuatkan mereka tersenyum dan terubat segala jerih-payah mereka. Ya Allah, Engkau Tuhan yang Maha Memudahkan, permudahkanlah bagiku. Andai kepayahan menuntut ilmu ini menyenangkan kedua orang tuaku kelak, redhakan aku dengan kesusahan itu. Jadikan aku hambaMU yang sabar dengan ujian, yang tidak tertewas dengan kekalahan. Dengan penuh kerendahan hati aku pohon padaMu ya Allah...perkenankanlah doaku" (T T)

26/12/2011
141211:21:50
Melafazkan baiah untuk memikul satu lagi amanah pada tanggal 14 Disember 2011; 9.50 PM. Walaupun saya tahu saya tidak mampu tidur lena lagi dengan amanah itu, ada masa untuk diri sendiri yang perlu saya korbankan & kritikan pedas yang harus saya tadah, tapi itulah mungkin sekecil-kecil sumbangan yang mampu saya beri. Saya tidak melihat amanah itu sekadar bebanan, taklifan, tetapi satu PELUANG. Peluang untuk menjadi yang lebih baik dari yang sebelumnya. Peluang menyumbang idea untuk organisasi, peluang untuk memahirkan diri dengan soft-skill yang pelbagai. Akhir kalam, moga Allah menguatkan kami untuk berdiri sebagai pemimpin, sebaik-baik pemimpin dunia & akhirat..ameen=)
15/10/2011
.................
Ketika Allah rindu pada hambaNya, Allah akan mengirimkan sebuah hadiah istimewa melalui malaikat Jibril yang isinya adalah ujian…
Dalam hadith qudsi Allah berfirman:
Cukup bagiku Allah (T T)
Dalam hadith qudsi Allah berfirman:
“Pergilah pada hambaku lalu timpakanlah berbagai ujian padanya kerana Aku ingin mendengar rintihannya.”(HR. Thabrani dari Abu Umamah)~Sesungguhnya Allah rindu melihat rintih-tangismu..kerana itu hati itu diuji, yakinlah bahawa Allah ada, menemani tiap langkah.Tidak ditinggalkan dirimu walau dalam kadar sekelip mata..~
Cukup bagiku Allah (T T)
23/08/2011
" Dia (Allah) yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang Mukmin supaya bertambah keimanan mereka di samping keimanan mereka (yang telah ada). Dan kepunyaan Allah tentera langit dan bumi, dan adalah Allah itu al-‘Alim (Maha Mengetahui), lagi al-Hakim (Maha Bijaksana). " (Al-fath:4)
" Ya Allah, aku berlindung pada-Mu dari sedih dan gelisah.Ya Allah, aku berlindung pada-Mu dari sifat lemah dan malas. Aku juga berlindung pada-Mu dari sikap pengecut dan bakhil serta dari cengkaman hutang dan penindasan orang"
~Rintih hati~
23 Ramadhan 1432H
06/06/2011
Wafiq & Naurah (^_^)
anak-anak buahku, penghibur hati, pemecah sunyi =)
Muhammad Ariff Wafiq
Naurah Sabihah
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya)
رَبِّ هَبْ لِى مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَآءِ
“Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) do’a permohonan”. (Surah Ali-Imran :38)
- wafiq & naurah, membesarlah menjadi anak soleh...penyejuk hati ibu ayah, ummi & walid kalian (^_^)
19/05/2011
Baitulmuslim =)
Dedikasi khas untuk sahabat-sahabat yang bakal mendirikan baitulmuslim.Sangat tertarik dengan kesederhanaan yang diamalkan pasangan dalam video ini. Mengikut adat,namun masih menjaga syariat. Begini sebenarnya walimah yang dianjurkan dalam islam. Tidak terlalu berlebih-lebihan, sekadarnya bukan membazir.
Teringat satu kuliah yang disampaikan oleh Ustaz Badlishah, antara tips untuk menjadikan rumahtangga itu sebahagian daripada gedung pahala;
Untuk kalian sahabat-sahabatku, didoakan semoga baitulmuslim yang dibina dinaungi mawaddah, rahmah & sakinah dari Illahi. Teruslah berkasih-sayang hingga ke syurga =)
Teringat satu kuliah yang disampaikan oleh Ustaz Badlishah, antara tips untuk menjadikan rumahtangga itu sebahagian daripada gedung pahala;
- Masing-masing faham & memainkan peranan..sebagai contoh suami melaksanakan tanggungjawab memberi nafkah sementara isteri memberi ketaatan kepada suami.
- Berbangga dengan kelebihan yang dimiliki pasangan masing-masing
- Menerima kelemahan suami atau isteri seadanya
Untuk kalian sahabat-sahabatku, didoakan semoga baitulmuslim yang dibina dinaungi mawaddah, rahmah & sakinah dari Illahi. Teruslah berkasih-sayang hingga ke syurga =)
"Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1)
Subscribe to:
Posts (Atom)