12/06/2009

Menangislah

Ramai yang menangis.Menangis bila berpisah dengan insan tersayang.Menangis bila penyanyi pujaan terkeluar dari Akademi Fantasia.Bercucuran juga air mata keluar bila si hero dalam filem hindustan mati ditembak.

Namun,sayangnya tidak ramai yang menangis tatkala dahi mencecah sejadah.Hanya sedikit yang teresak-esak bila lisan melantunkan kalamullah.Betapa susahnya mengalirkan air mata bila diri terasa berjauhan dari Allah.




Ketahuilah,sangat beruntung orang-orang yang menangis kerna takutkan Allah.Tidak sia-sia air mata yang jatuh, bahkan mendapat beberapa fadhilat,antaranya:

Berada di bawah naungan Allah pada hari akhirat.
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
"Tujuh golongan yang akan dinaungi Allah pada saat tidak ada naungan selain dari naunganNya, di antaranya ialah seseorang yang berzikir kepada Allah dalam keadaan sendirian, dan menangis kerananya"

Bebas dari azab Allah.
Rasulullah S.A.W bersabda:
"Dua jenis mata yang tidak disentuh oleh api neraka, mata yang menangis kerana takut kepada Allah dan mata yang berjaga malam kerana berjuang dijalan Allah" (H.R Tarmizi)


Berada di bawah limpahan kasih Illahi
Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:
"Tidak ada yang lebih dicintai Allah dari dua titis dan dua bekas; titis air mata kerana takut kepada Allah dan titis darah yang tertumpah di jalan Allah.Dua bekas tersebut adalah bekas berjihad di jalan Allah dan bekas dalam kewajipan yang Allah wajibkan(Solat berjemaah)" (H.R Tarmizi)


Betapa hebatnya dan bermakna titis air mata yang jatuh kerana mencari redha Illahi.Titis air mata yang mampu membakar bahang api neraka,menjadi saksi bahawa kita benar-benar hamba yang mengabdi diri pada Dia.

Maka, jangan dibazirkan lagi air mata pada Akademi Fantasia,filem hindustan atau cerekarama tv3.Bersungguh-sungguhlah menangis bila menghadap Dia.Andai gagal,sama-sama periksa hati kita!Mungkin hati keras membantu, hingga tak mampu tunduk merendah diri di hadapan Allah yang Maha Agung...Nauzubillah...

No comments:

Post a Comment