10/08/2009

Pedulikah aku????

Alhamdulillah setelah berabad lamanya jari-jemari tidak menekan keyboard dan blog tidak"berupdate", hari ni Allah berikan kesempatan masa untuk 'mengemas' semula blog yang nampaknya semakin berlalang dan bersemak-samun.

"tau dak kes marwa al-sherbini?" seorang sahabat mengajukan pertanyaan kepada saya.
"tak tau pun"soalan itu hanya saya jawab dengan gelengan kepala.Sungguh lansung saya tidak tahu-menahu tentang kes itu.

Sahabat itu terus bercerita panjang lebar tentang tragedi berdarah yang menimpa saudara seislam kita.Marwa Al-Sherbini,seorang muslimat mesir telah ditikam oleh Alex,seorang penganggur Russian-German.Alkisahnya bermula apabila Marwa memfailkan dakwaan terhadap Alex yang telah menggelarnya "terrorist" kerana bertudung.

Kes itu telah dibawa ke mahkamah.Mahkamah memutuskan kemenangan tehadap Marwa dan Alex dikenakan denda sebanyak 2800 euros.Malangnya, selepas mahkamah mengisytiharkan kemenangan ke atas Marwa, Alex telah bertindak menikam muslimat ini sebanyak 18 tikaman di dalam mahkamah.Suami Marwa yang berada di tempat kejadian juga cuba untuk menyelamatkannya, namun turut ditikam 3 kali dan ditembak oleh pihak polis.

"Astaghfirullah"hanya itu yang berdetik di hati saya.Kisah yang sungguh tragis dan menyayat hati.Apa yang berlaku cukup terkesan di hati saya.Juga memberikan ruang seluas-luasnya untuk bermuhasabah.Betapa saya masih belum peduli dengan apa yang berlaku di sekeliling.

Alasan sibuk dengan segala macam exam, kuiz dan assingment menjadikan diri seperti katak di bawah tempurung.Tidak prihatin dengan apa yang berlaku khususnya pada nasib saudara seakidah.Saya akui "zon selesa" cukup menjadi tembok pemisah yang memisahkan diri dengan dunia luar.
"Allahuakbar, lemahnya saya...."


Sabda Rasulullah S.A.W:
"Sesiapa yang bangun pada waktu pagi dan tidak mengambil berat urusan orang islam beliau bukanlah daripada golongan mereka"



Barangkali saya harus lebih menghayati hadis ini.Hidup bukan hanya untuk diri sendiri namun untuk ummah dan paling penting hidup untuk islam.Harus lebih menghadam isu-isu semasa supaya diri sedar aku adalah khalifah Allah yang menjadi mata rantai perjuangan Rasulullah.

Kata AsSyahid Syed Qutb
"Manusia yang hidup untuk dirinya sendiri, usianya amatlah pendek, Bermula dari hari kelahirannya dan tamat letika maut mengundang.Akan tetapi bagi mereka yang hidup untuk perjuangan, usianya panjang.Bermula dari hari diciptakan Adam berakhir tatkala Dia memusnahkan alam."



Ayuh diri, bangunlah dari lenamu yang panjang!

No comments:

Post a Comment