05/10/2010

Alhamdulillah=)

“ Hidayah, minggu depan ada penyampaian sumbangan untuk huffaz Penang”.

Mesej ringkas saya terima dari ayah.Hanya lafaz ‘alhamdulilllah’ saya mampu ucapkan.Baru mencongak-congak simpanan yang tinggal.Gusar melihat baki dalam bank yang mungkin tidak cukup untuk menampung hingga penghujung sem.Dan tiba-tiba ayah menghantar khabar gembira.Bukanlah saya seorang yang mata duitan, terlalu mengharap wang sumbangan dari kerajaan negeri yang sememangnya menjadi rutin saban tahun.Tetapi sungguh rasa syukur.Bantuan dari Allah selalu ada tiap kali saya bertemu jalan buntu.

Teringat kisah beberapa tahun yang lepas.Kisah yang sama.Baru selesai berprogram.Program yang menuntut diri untuk menginfaq tenaga dan harta yang termampu .Saya belek dompet dan yang berbaki hanya beberapa keping not yang pasti tak bertahan untuk belanja makan seminggu.Nak minta dari ayah terasa malu.Dan di saat hati berkeluh-kesah, sejurus itu saya terima panggilan.Memberitakan hal yang sama, iaitu saya antara penerima sumbangan pada ijtima’ huffaz Penang.Alhamdulillah.

Beberapa ibrah saya belajar.Pertama, keyakinan yang teguh terhadap janji Allah.Janji bahawa sesiapa yang meletakkan tawakal paling tinggi pada Allah pasti tak akan kecewa.Allah itu Maha Mendengar tiap keluhan dan rayuan hambaNya.Maka setelah berusaha, letakkanlah pergantungan yang tertinggi hanya pada ALLAH.Sebagaimana firmanNya dalam surah At-Talaq,ayat 3 yang bermaksud;

“ Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya.Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya.Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.


Kedua, what give you get back.Tiap apa yang diinfakkan di jalan Allah pasti ada ganjarannya baik di dunia dan akhirat.Maka, jangan lokek untuk memberi dan menderma.Moga rezeki yang mendatang lebih melimpah-ruah insyaallah =)

2 comments:

  1. thanx for this nice sharing Hidayah ^_^

    ReplyDelete
  2. Akram; u're most welcome..sama2 bkongsi manfaat,sebarkan kebaikan walau hanya sepatah kata=)

    ReplyDelete