19/05/2011

Baitulmuslim =)

Dedikasi khas untuk sahabat-sahabat yang bakal mendirikan baitulmuslim.Sangat tertarik dengan kesederhanaan yang diamalkan pasangan dalam video ini. Mengikut adat,namun masih menjaga syariat. Begini sebenarnya walimah yang dianjurkan dalam islam. Tidak terlalu berlebih-lebihan, sekadarnya bukan membazir.

Teringat satu kuliah yang disampaikan oleh Ustaz Badlishah, antara tips untuk menjadikan rumahtangga itu sebahagian daripada gedung pahala;
  • Masing-masing faham & memainkan peranan..sebagai contoh suami melaksanakan  tanggungjawab memberi nafkah sementara isteri memberi ketaatan kepada suami.
  • Berbangga dengan kelebihan yang dimiliki pasangan masing-masing
  • Menerima kelemahan suami atau isteri seadanya
Berkahwin bukan hanya untuk membina masjid, tetapi yang lebih penting  bagaimana untuk  memastikan masjid itu terus 'hidup' dengan suluhan iman & islam. Imam dan makmumnya sama-sama mendapat kebaikan. Dan kasih sayang serta cinta yang disuburkan didalamnya kekal hingga ke syurga kelak.
Untuk kalian sahabat-sahabatku, didoakan semoga baitulmuslim yang dibina dinaungi mawaddah, rahmah & sakinah dari Illahi. Teruslah berkasih-sayang hingga ke syurga =)

"Hai sekelian manusia, bertaqwalah kepada Tuhanmu yang telah menciptakan kamu dari diri yang satu, daripadanya pula Allah menciptakan pasangannya, dan dari keduanya dikembangkan laki-laki dan wanita-wanita yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah dengan (menggunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain; dan (peliharalah) hubungan silaturrahim. Sesungguhnya Allah sentiasa mengawasi kamu." (An-Nisa': 1)

3 comments:

  1. terima kasih ateh
    sayang ateh sangat =)

    ReplyDelete
  2. ain: bila dah sampai jodoh..hehe=)
    along: welcome..luv u too =)

    ReplyDelete