" Jangan tersungkur mati, Jangan terdampar sepi "
20/02/2011
13/02/2011
Dedikasi untuk kamu
Dedikasi khas untuk kamu, yang sedang merintis jalan pulang menuju Dia yang satu. Mengertilah bahawa jalan itu tidak pernah ada pintu yang menutupnya apatah lagi tembok yang menghadang insan menakluknya. Lantaran rahmat kasih sayang pencipta itu tak tergambar luasnya, melebihi pedih azab siksaNya. Berjalan dan terus berjalan. Jangan diimbau lagi kisah luka itu. Hanya menjeruk hati, menggores luka, mematikan niat murni sekeping hati yang tulus.
Berbahagialah andai ada yang menduga di sepanjang permusafiran itu. Kerana itu sebenar-benar jalan yang dilorongkan Allah buat hambaNya yang ikhlas mencari. Ada hikmah dalam musibah.Telan kepahitan itu, demi manisnya kenikmatan jannah.
" Dan apabila hamba-hambaKu yang bertanya kepadamu (Muhammad) tentang Aku, maka sesungguhnya aku dekat. Aku kabulkan permohonan orang berdoa apabila dia berdoa kepadaKu. Hendaklah mereka itu memenuhi (perintah)-Ku dan beriman kepadaKu, agar mereka memperoleh kebenaran"(Al-Baqarah: 186)
Genggam erat-erat ayat cinta itu dalam hati kamu, maka kamu akan tahu Allah ada dalam tiap denyut nadimu. Allah mendengar bila kamu merintih, Allah yang membangunkan bila kamu tersungkur jatuh~
Coretan berisi doa & mahabbah,
-AYONG-
13022011
01/01/2011
IKHLAS
Sekadar ingin berkongsi tulisan Ustaz Pahrol tentang ikhlas. Sukarnya menyubur rasa ikhlas dalam diri. Namun ketahuilah betapa keikhlasan itu sama sekali tak merugikan.IKHLASLAH duhai hati.
http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/1070-orang-ikhlas-tertindas.html
Ramai yang mengeluh, bukan kecewa, tetapi sekadar meluahkan rasa... betapa kebaikan dipersia. Isteri yang setia, dipersiakan suami. Suami yang baik, ditinggalkan isteri. Ibu-bapa yang dipinggirkan anak-anak... Inilah warna kehidupan yang kita perlu hadapi. Langit tidak selalu cerah. Hidup tidak sentiasa indah. Dipergilirkan antara senang dan susah, agar di hati kita ada sabar dan syukur. Umpama malam dan siang, barulah tercipta keharmonian, keseimbangan...
Lalu saya tulis satu kisah lama... sekadar untuk mengingatkan diri dan pembaca. Satu tulisan untuk membujuk hati sendiri atas satu pertanyaan, orang ikhlas tertindas?
Atau soalan yang lebih 'dalam' dan sukar daripada itu... benar-benarkah kita orang yang ikhlas jika masih merasa tertindas ketika cuba mengikhlaskan hati kita ketika melalukan kebaikan kepada seseorang atau sesuatu pihak?
Ah, ikhlas itu memang rahsia. Rahsia dalam rahsia Allah. Ya Allah, bantulah kami untuk ikhlas...Amin.
Untuk diriku dan dirimu, terimalah tulisan ini sebagai hadiah muhasabah...
Orang Ikhlas Tertindas?
Jika kita memberi kebaikan kepada seseorang, kebaikan itu akan dibalas walaupun yang membalasnya bukan orang yang kita berikan kebaikan itu. Hakikat ini mengingatkan saya kepada satu perbualan yang berlaku sewaktu saya mengendalikan program latihan beberapa tahun lalu di sebuah organisasi.
"Saya tidak mempunyai apa-apa harapan lagi pada organisasi ini," kata seorang kakak berterus-terang.
"Mengapa?" balas saya.
"Organisasi ini dipenuhi oleh kaki bodek dan kaki ampu. Saya terseksa bekerja secara ikhlas di sini. Tidak pernah dihargai, tidak ada ganjaran yang wajar. Saya bukannya orang yang bermuka-muka. Tak pandai saya nak ampu-ampu orang atas. Fokus saya kepada kerja sahaja."
Kakak itu sebenarnya adalah peserta program yang paling senior. Telah berpuluh tahun bekerja dalam organisasi tersebut. Itu adalah kali terakhir dia mengikuti program latihan. Enam bulan lagi dia akan bersara. Kesempatan yang diberikan kepadanya dalam sesi memperkenalkan diri itu telah digunakannya sepenuhnya untuk meluahkan rasa kecewa dan marahnya sepanjang berkhidmat di situ. Sungguh, dia kecewa sekali. Siapa tidak marah, jika bekerja secara ikhlas dan gigih tetapi tidak pernah dinaikkan pangkat atau mendapat kenaikan gaji?
Sewaktu rehat, sambil minum-minum dan berbual santai saya bertanya kepadanya, "kakak punya berapa orang anak?"
Sengaja saya bertanya soal-soal "di luar kotak" agar ketegangan dalam sesi sebelumnya dapat diredakan.
"Oh ramai encik..."
"Bagaimana dengan anak-anak kakak?"
Wah, saya lihat dia begitu ceria apabila mula menceritakan tentang anak-anaknya. Boleh dikatakan semua anak-anaknya berjaya dalam profesion masing-masing. Ada yang menjadi doktor, jurutera, pensyarah dan sebagainya. Malah seorang anaknya telah menjadi hafiz.
"Kakak, boleh saya bertanya?"
"Tanyalah encik..." ujar kakak itu sambil tersenyum. Mendung di wajahnya sudah berlalu. Dia begitu teruja bila bercerita tentang anak-anaknya. Memang, semua anak-anaknya menjadi.
"Jika kakak diberi pilihan, antara anak-anak yang "menjadi" dengan naik gaji, mana yang kakak pilih?"
Belum sempat dia menjawab, saya bertanya lagi, "antara kakak naik pangkat dengan anak-anak berjaya dalam karier mereka, mana yang kakak pilih?"
Dengan cepat kakak itu menjawab, "hati ibu encik... tentulah saya pilih anak-anak saya menjadi walaupun tidak naik gaji atau dapat pangkat. Anak-anak adalah harta kita yang paling berharga!"
Saya tersenyum. Hati ibu, begitulah semestinya.
"Kakak, sebenarnya keikhlasan dan kegigihan kakak bekerja dalam organisasi ini telah mendapat ganjaran..." kata saya perlahan. Hampir berbisik.
"Maksud encik?"
"Allah telah membalas dengan ganjaran yang lebih baik dan lebih kakak sukai. Bila kakak ikhlas bekerja dalam organisasi ini, Allah berikan kepada kakak anak-anak yang menjadi."
"Tidak pernah saya terfikir begitu encik..."
"Allah Maha Berkuasa. Ada kalanya takdir dan perbuatan-Nya terlalu misteri dan rahsia untuk dijangkau oleh pemikiran kita. Tetapi yakinlah what you give, you get back. Itu hukum sunatullah dalam hubungan sesama manusia. Kebaikan yang kita buat akan kembali kepada kita. Yakinlah."
"Walaupun bukan daripada seseorang atau sesuatu pihak yang kita berikan kebaikan itu?"
"Maksud kakak?"
"Macam ni, saya buat kebaikan kepada organisasi tempat saya bekerja, tapi Allah berikan kebaikan kepada keluarga. Pembalasan Allah bukan di tempat saya bekerja, sebaliknya diberikan dalam keluarga saya. Begitukah encik?"
"Itulah yang saya katakan tadi, takdir Allah kekadang terlalu misteri. Tetapi ketetapannya mutlak dan muktamad, siapa yang memberi kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Dalam istilah biasa itu dipanggil golden rule!"
Kakak itu termenung. Mungkin memikirkan pertalian dan kaitan antara apa yang berlaku dalam organisasi dengan familinya.
"Metafora atau analoginya begini. Katalah kita sedang memandu di satu jalan yang mempunyai dua atau tiga lorong. Penuh sesak. Tiba-tiba sebuah kereta yang tersalah lorong di sebelah memberi isyarat untuk masuk ke lorong kita. Kerana simpati melihat dia terkial-kial memberi isyarat, kita pun beralah, lalu memberi laluan untuk kereta itu masuk di hadapan kita..."
Saya berhenti seketika mengambil nafas sambil mencari reaksi. Saya lihat kakak itu mendengar penuh minat. Dia meneliti metafora yang saya sampaikan dengan begitu teliti.
"Kemudian kita terus memandu ke hadapan. Mungkin sejam kemudian atau setelah berpuluh-puluh kilometer, tiba-tiba kita pula yang tersalah lorong. Kita pula yang memberi lampu isyarat untuk masuk ke lorong sebelah. Soalnya logikkah kalau kita mengharapkan kereta yang kita bantu sebelumnya memberi laluan untuk kita?"
Kakak itu tersenyum dan berkata, "tak logik encik. Kereta yang kita bantu tadi entah ke mana perginya."
"Tapi ada tak kereta lain yang simpati dan memberi laluan untuk kita?'
"Pasti ada! InsyaAllah."
"Ya, begitulah. Padahal kereta itu tidak pernah sekali pun kita tolong. Tetapi Allahlah yang menggerakkan hati pemandunya untuk memberi laluan kepada kita. Orang yang kita beri kebaikan, tidak ada di situ untuk membalas kebaikan kita... Tetapi Allah menggerakkan hati orang lain, yang tidak pernah merasa kebaikan kita untuk membalas kebaikan kita tadi."
"Subhanallah!"
"Begitu dalam litar di jalan raya dan begitu jualah litar dalam kehidupan manusia. Kita buat baik kepada A, tetapi kerap kali bukan A yang membalas kebaikan kita tetapi B atau C atau D atau lain-lainnya yang membalasnya. Inilah hakikat yang berlaku dalam kehidupan ini."
"Kita tidak boleh kecewa bila keikhlasan kita dipersiakan?" tanya kakak itu lagi. Lebih kepada satu respons minta diiyakan.
"Kakak, ikhlas sebenar tidak pinta dibalas. Tetapi Allah Maha Kaya dan Maha Pengasih, siapa yang ikhlas akan diberi ganjaran walaupun mereka tidak memintanya kerana setiap kebaikan itu akan dikembalikan kepada orang yang melakukannya. Ia umpama bola yang dibaling ke dinding, akan melantun semula kepada pembalingnya!"
"Selalunya saya dengar, orang ikhlas akan dibalas di akhirat."
"Itulah balasan yang lebih baik dan kekal. Tetapi saya katakan tadi, Allah Maha kaya, Allah mahu dan mampu membalas keikhlasan hamba-Nya di dunia lagi."
"Maksud encik?"
"Orang yang ikhlas akan diberi ketenangan dan kebahagiaan dalam hidup. Anak-anak yang soleh dan solehah. Isteri yang taat atau suami yang setia. Dan paling penting... hati yang sejahtera. Inilah kekayaan dan kelebihan yang lebih utama daripada pangkat, gaji dan jawatan."
"Jadi orang ikhlas akan terus ditindas, tidak dapat kenaikan pangkat atau gaji? Bukan apa, saya terfikir kenapa nasib kaki ampu dan kaki bodek lebih baik dalam organisasi. Mereka dapat naik pangkat!"
Giliran saya pula tersenyum.
"Tidak ada kebaikan yang akan kita dapat melalui jalan yang salah. Percayalah, kalau benar mereka kaki ampu dan bodek sahaja... pangkat yang mereka dapat akan menyebabkan mereka melarat. Gaji naik, tetapi ketenangan hati menurun. Ingat apa yang saya kata tadi, what you give you get back... Golden rule itu bukan untuk kebaikan sahaja, tetapi untuk kejahatan juga. Kalau kita berikan kejahatan, kejahatan itu akan kembali semula kepada kita. Kaki ampu, mungkin akan dapat anak yang pandai bermuka-muka. Kaki bodek mungkin dibalas dengan isteri yang berpura-pura!" terang saya panjang lebar.
"Jadi apa yang harus saya lakukan dengan baki masa perkhidmatan yang tinggal tidak beberapa bulan lagi ni?"
"Bekerjalah dengan gigih. Walaupun mungkin bos tidak melihatnya, tetapi Allah Maha Melihat. Bekerja itu satu ibadah. God is our "CEO", kata orang sekarang. Insya-Allah, satu hari nanti manusia juga akan diperlihatkan oleh Allah tentang keikhlasan manusia yang lain. Jangan berhenti memberi kebaikan hanya kerana tidak dapat penghargaan..."
"Maksud encik?"
"Jangan mengharap terima kasih daripada manusia atas kebaikan yang kita buat kepadanya."
"Kenapa?"
"Kita akan sakit jiwa!"
"Kenapa?"
"Kerana umumnya manusia tidak pandai berterima kasih. Lihatlah, kalau kepada Allah yang Maha Memberi pun manusia tidak pandai bersyukur dan berterima kasih, apalagi kepada manusia yang pemberiannya terbatas dan berkala. Sedikit sekali daripada manusia yang bersyukur," balas saya mengulangi apa yang maktub dalam Al Quran.
"Tetapi Allah tidak berhenti memberi... " kata kakak itu perlahan.
"Walaupun manusia tidak berterima kasih kepada-Nya. Sekalipun kepada yang derhaka dan kafir, tetapi Allah terus memberi... Justeru siapa kita yang tergamak berhenti memberi hanya kerana tidak mendapat penghargaan dan ucapan terima kasih?"
"Ah, kita terlalu ego..."
Dan itulah kesimpulan perbualan yang saya kira sangat bermakna dan besar impaknya dalam hidup saya. Saya terasa "diperingatkan" semasa memberi peringatan kerana pada hakikatnya saya juga tidak terlepas daripada lintasan hati oleh satu pertanyaan... orang ikhlas tertindas?
"Ya Allah, pilih kami untuk ikhlas"

20/12/2010
Rindukan mereka
Muhammad Ariff Wafiq
Naurah Sabihah
Mode; sungguh rindukan mereka,anak-anak saudara kesayangan saya. Andai jarak penang ke kuantan hanya sejengkal, hari-hari saya balik. Rindu nak menatap wajah comel naurah dan wafiq,melayan kerenah mereka.
Cuti sem seminggu lebih sempat saya habiskan bersama mereka. Menjadi babysitter 24 hours. Tukar pampers, bancuh susu, tukang mandikan, suap makan + dodoikan sampai tidur Alhamdulillah saya dah rasa=). Saya akui,memang meletihkan. Nak-nak lagi dengan ariff yang baru 11 bulan. Hyperaktif dan suka memanjat sana sini. Kadang-kadang hampir hilang sabar, tapi cuba untuk berasional & tidak beremosi
Pengalaman yang mungkin hanya secebis & seketika dirasa, tapi cukup memberi makna.
Bila letih kerana terpaksa bangun malam menukar pampers & bancuhkan susu ariff, maka saya mengagak perasaan itulah yang mak rasa berpuluh tahun lalu.Waktu menjaga kami 6 beradik. Barangkali lagi menggugah kesabaran kerana jarak antara kami beradik hanya selang 2 dan 3 tahun. Tapi jarang amat saya lihat mak letih, apatah lagi merungut. Dan sampai sekarang layanan & kasih sayang mak tak pernah berkurang, masih seperti dulu. Hebat kan seorang yang bergelar ibu? Kerana itu di sisi Islam, taraf seorang ibu sangat mulia
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan atas kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun; bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu; dan kepada Akulah tempat kembalimu.”
Maka, hargailah orang tua anda seadanya mereka di sisi. Tak mampu untuk dibalas segala pengorbanan & penat-lelah mereka. Mereka tak minta dibahagiakan dengan material & harta segala , tapi cukuplah dikirim ingatan & doa yang ikhlas.Doa anak-anak soleh yang menjadi saham di sana kelak (^_^)
“Wahai Tuhanku! Ampunkanlah bagiku, dan bagi kedua ibu bapaku,
serta bagi sesiapa yang masuk ke rumahku dengan keadaan beriman;
dan (ampunkanlah) bagi sekalian orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan;
dan janganlah Engkau tambahi orang-orang yang zalim melainkan kebinasaan!” [Nuh 71:28]

29/11/2010
Sebenar-benar Cinta,Kasih & Rindu
Hayati kisah ini.Rindu, kasih dan cinta yang sebenar-benarnya ditunjukkan seorang nabi kepada ummatnya. Tatkala di saat-saat hujung nyawa, masih terlafaz di bibir baginda "ummati, ummati, ummati ".Dipinta kepada malaikat supaya sakit sakaratulmaut itu ditimpa kesemuanya ke atas dirinya supaya sakit itu tidak lagi dirasai oleh umat sepeninggalannya.
Dengan penat-lelah, jerih-payah baginda hari ini kita bergelar mukmin & muslim. Berkat kesabaran hati yang tabah dihina, dicaci, dilempar najis itulah kita merasa nikmat iman & islam tanpa perlu bersusah-payah.
Allahu..agungnya kasih & cinta itu.Kasih yang tiada tara.Cinta yang sukar dicari ganti.Selawat & salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.Syafaat darimu yang kami damba, duhai kekasih Allah! Semoga kelak kami mampu menatap wajahmu (T T)
19/11/2010
Di mana tersisanya 24 jam itu?
Hari keempat keberadaan di rumah.Masih punya beberapa minggu cuti yang berbaki.Amat berharap cuti kali ni dapat dimanfaatkan semaksimumnya. Tidak mahu sisa waktu itu berlalu pada perkara yang tiada faedah penghujungnya. Perancangan cuti saya berjela panjang antaranya mengulang Al-Quran, mengkhatam beberapa buah buku, menjadi fasilitator kem dan banyak lagi.Semoga perancangan itu tidak terlakar di atas kertas semata-mata, bukan atas dasar semangat cuma.Work your plan!
Peringatan untuk diri:
"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta nasihat-menasihati dengan kesabaran" (al-'Asr: 1-3)
" Kewajipan lebih banyak daripada waktu yang ada" ( As-Syahid Imam Hassan Al-Banna )
“ Masa itu umpama pedang. Jika kamu tidak memancungnya, ia yang akan memancung kamu.” (Saidina Ali)
"Rebutlah lima perkara sebelum lima perkara. Mudamu sebelum tua, sihatmu sebelum sakit, kayamu sebelum miskin, senangmu sebelum susah dan hidupmu sebelum mati." ( At-Tirmidzi)
Terlalu banyak peringatan tentang masa.
Renungilah, sejauh mana kita mengambil peringatan itu? Muhasabahlah, adakah kita memberikan hak yang sewajarnya pada 24 jam yang ada? Di manakah tersisanya 24 jam itu?
09/11/2010
Berlarilah menuju garisan penamat!
(Booster di kala semangat serasa menurun)
Pecutan itu perlu & hukumnya kadang-kadang menjadi wajib walaupun di lampu merah (sila apply waktu exam sahaja- jangan di jalanraya:P)
Selagi ada masa masih tersisa untuk meletakkan daya usaha, teruskanlah. Jangan menyerah sebelum kalah.Jangan berundur selagi masih ada kekuatan untuk mengorak langkah.Berlarilah menuju garisan penamat walaupun ada duri-duri dan luka yang menghalang!
"...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
(Surah Yusuf ayat 87)
(Surah Yusuf ayat 87)
Putus asa bukan sifat seorang mukmin.Never give up.You can do it!
Adunkan usaha,doa & tawakal.Yakinlah Allah Maha Pemberi yang terbaik buat hamba-hambaNYA (^_^)
Subscribe to:
Posts (Atom)