31/05/2009

Ia makin dekat

Jenazah itu dibawa pergi.Memasuki kawasan perkuburan.Lalu dikebumikan.Dan akhirnya, bersemadilah jasad yang kaku.Pulang menghadap Illahi.

Sedari tadi, aku hanya memerhati keranda itu diusung.Lidah kelu tak mampu berkata apa-apa."Allahuakbar"..hanya itu yang terdetik di hati.3 hari berturut-turut diperlihatkan episod yang sama.Sungguh, kematian itu sangat dekat.Dan minda mula mencongak-congak."Hari ini giliran mereka, entah esok, entah lusa..aku pulak..BERSEDIAKAH AKU?"

Rasulullah S.A.W bersabda, diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a:
"Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari.Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail:Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."


Dan minda terus mencongak....

70 kali dalam sehari bererti dalam 1 jam lebih kurang 2 atau 3 kali malaikat memerhati aku!Dan bermaksud juga malaikat maut menziarahi aku setiap 30 minit!

Namun, aku benar-benar tak pasti.Dalam selang masa 30 minit..Berapa kali agaknya lidah melantunkan alunan zikir? Berapa kali agaknya hati dalam keadaan sedar kiri dan kanan ada malaikat mengawasi?Ya Allah...sungguh hambaMU ini lupa dan lalai.



"Setiap yang bernyawa akan merasakan mati.Dan hanya pada hari Kiamat sajalah diberikan dengan sempurna balasanmu.Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, sungguh dia memperoleh kemenangan.Kehidupan dunia hanyalah kesenangan yang memperdaya" (Ali-Imran:185)


Setiap jiwa yang hidup kelak akan dipanggil pulang menemui Illahi.Itu janji Allah yang tertulis di dalam Al-Quran.Dan di saat ini,hati mulai resah.Bimbang jika kepulanganku ke daerah abadi tidak sesempurna kelahiranku ke dunia.Pulang dalam keadaan terhina, dalam keadaan diri yang jijik dan kotor....Lantas kutitipkan doa, mengharap penuh maghfirah dan keampunan.Moga kelak matiku dalam husnulkhatimah...

2 comments:

  1. Astagfirullah.

    70 x sehari kita diintai oleh malaikat maut.

    thanks kak

    ReplyDelete
  2. yup..huda!
    cuma kita ja, antara tersedar dan lalai..

    ReplyDelete