18/05/2009

Terapi Untuk Qalbi

Ingin berkongsi secebis kisah.Suatu pagi ketika di dapur.Hajat di hati nak buat sambal belacan sambil diserikan lagi dengan hirisan buah bacang (ataupun oghang penang sebutnya buah konen).Maka saya pun dengan senang hati pun mengupaslah buah itu.Dari luar kelihatannnya buah ni sangat lawa.Suci dan bersih, sedikit pun tidak ternoda.Tetapi tak seindah yang disangka rupanya...

"Ya Allah, buruknya.Haghap(harap) luaq ja nampak elok.Kat dalam beghulat(berulat).Sapa nak makan kalau lagu ni." saya membebel-bebel.Akhirnya, buah bacang tu saya buang.Menjadi penduduk tetap tong sampah.

Tapi, bukanlah cerita bacang buruk tu yang saya nak sajikan.Ibrah di sebaliknya.Adakah kita juga seperti buah tu?Dari luaran, segala-galanya nampak sempurna.Cantik menutup aurat, lemah gemalai mengatur langkah sampaikan dapat gelaran 'ustaz' or 'ustazah'.Tapi hakikatnya, bagaimana pula dalaman kita?Terutamanya dalam persoalan menjaga hati.Seketul daging yang semestinya payah benar untuk dijaga.




Kesucian hati bukanlah hal yang boleh kita pandang enteng, terutamanya bila bergelar daie.Hati yang mati tidak akan sesekali mampu menghidupkan hati mati yang lain.Hati yang ternoda dengan maksiat, ditutupi dengan debu-debu dosa dan ditambah lagi dengan karat-karat jahiliyyah...Beginikah hati seorang daie? Jika beginilah hati kita, maka kasihan pada mad'u di luar sana.

Mereka amat mengharapkan bimbingan, namun tidak nampak sinar cahaya yang ingin daie cuba suluhkan..lantaran timbunan dosa di hati sang daie yang menjadi penghijabnya."Ya Allah, ampunkan hamba yang lemah ini"



Beberapa amalan yang kadang-kadang nampak biasa, tetapi kesannya pada hati amat luarbiasa.Jom sama-sama kita amalkan.Semoga boleh 'clorox'kan hati yang hitam.Antaranya

-Zikrullah
"Ingatlah,hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram." (Ar-ra'd:28)

-Qiamullail
" Sungguh, bangun malam itu lebih kuat(mengisi jiwa); dan (bacaan di waktu itu) lebih berkesan"(Al-Muzzammil:6)

-Membaca dalan mentadabbur ayat suci Al-Quran
" Mahasuci Allah yang telah menurunkan Furqan(Al-Quran) kepada hamba-hamba-Nya Muhammad, agar dia menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam(jin dan manusia)."(Al-Furqan:1)




Saidina Umar apabila menguruskan tentera islam untuk menghadapi musuh-musuh Allah, beliau berpesan kepada Saad bin Abi Waqqas:

Wahai Sa'ad!Aku berpesan kepada kamu agar bertaqwa kepada Allah.Sesungguhnya kamu diberi kemenangan oleh Allah kerana maksiat yang dilakukan oleh musuh.Sekiranya kamu melakukan maksiat seperti musuh, sedang bilangan kamu tidak sama seperti mereka, kamu akan dikalahkan oleh musuh.Ketika itu kekuatan zahiriyyah yang menentukan kemenangan.."

2 comments:

  1. ada juga buku tu. krgn dr aidh kan. tp tertinggal di msia. huhu.

    btw, tazkirah untuk diri. trm ksh sahabat.

    ReplyDelete
  2. terima kaseh... takbir!!! syukur kpd Allah krn pg ni byk yg memuhasahkan diri.. thanks.

    ReplyDelete