07/04/2010

Kekalkan momentum

Pesanan khas untuk diri sempena musim peperiksaan yang bakal menutup tirai pada hari esok.

"eh, tak elok makan maggi time exam macam ni" seorang teman mengingatkan.
Studi jangan sampai kantoi subuh nanti x berkat.Musim exam ni eloklah banyakkan solat hajat.Rajin-rajin baca Al-Quran dan doa moga Allah permudahkan.Dan berjela-jela lagi nasihat sempena exam



Begitu adat bila fatrah imtihan menjengah.Macam-macam pantang-larang.Amalan yang menjadi luar kebiasaan tiba-tiba menjadi kebiasaan.Baguslah begitu, kan?
Tetapi serasa lagi bagus andai momentum yang baik itu terus dikekalkan.Bukan sekadar amalan sepanjang exam tetapi amalan sepanjang hayat.

Pabila beramal,pasakkan sepenuh keikhlasan di hati.Mulakan dengan nama Allah.Sandarannya keberkatan dari Allah dan matlamatnya kerana inginkan redha Allah.Jauh sekali inginkan nikmat dunia.Yakinlah,kelak akan Allah balas dengan nikmat yang tak terjangkau dek panca indera.

Katakanlah (Muhammad),"Sesungguhnya solatku,ibadahku,hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah,Tuhan seluruh alam (Al-An'am:162)



Dan berusahalah untuk beristiqamah sekalipun susah.Amalan yang sedikit tetapi berterusan lebih baik dari yang banyak tetapi akhirnya mati di tengah jalan.

1 comment: