29/11/2010

Sebenar-benar Cinta,Kasih & Rindu


Hayati kisah ini.Rindu, kasih dan cinta yang sebenar-benarnya ditunjukkan seorang nabi kepada ummatnya. Tatkala di saat-saat hujung nyawa, masih terlafaz di bibir baginda "ummati, ummati, ummati ".Dipinta kepada malaikat supaya sakit sakaratulmaut itu ditimpa kesemuanya ke atas dirinya supaya sakit itu tidak lagi dirasai oleh umat sepeninggalannya.

Dengan penat-lelah, jerih-payah baginda hari ini kita bergelar mukmin & muslim. Berkat kesabaran hati yang tabah dihina, dicaci, dilempar najis itulah kita merasa nikmat iman & islam tanpa perlu bersusah-payah.

Allahu..agungnya kasih & cinta itu.Kasih yang tiada tara.Cinta yang sukar dicari ganti.Selawat & salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.Syafaat darimu yang kami damba, duhai kekasih Allah! Semoga kelak kami mampu menatap wajahmu (T T)

19/11/2010

Di mana tersisanya 24 jam itu?

Hari keempat keberadaan di rumah.Masih punya beberapa minggu cuti yang berbaki.Amat berharap cuti kali ni dapat dimanfaatkan  semaksimumnya. Tidak mahu sisa waktu itu berlalu pada perkara yang tiada faedah penghujungnya. Perancangan cuti saya berjela panjang antaranya mengulang Al-Quran, mengkhatam beberapa buah buku, menjadi fasilitator kem dan banyak lagi.Semoga  perancangan itu tidak terlakar di atas kertas semata-mata, bukan atas dasar semangat cuma.Work your plan!
 Peringatan untuk diri:

"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan berpesan-pesan dengan kebenaran serta nasihat-menasihati dengan kesabaran"        (al-'Asr: 1-3)

" Kewajipan lebih banyak daripada waktu yang ada" ( As-Syahid Imam Hassan Al-Banna )


“ Masa itu umpama pedang. Jika kamu tidak memancungnya, ia yang akan memancung kamu.” (Saidina Ali)

Sabda Rasulullah;
"Rebutlah lima perkara sebelum lima perkara. Mudamu sebelum tua, sihatmu sebelum sakit, kayamu sebelum miskin, senangmu sebelum susah dan hidupmu sebelum mati." ( At-Tirmidzi)

Terlalu banyak peringatan tentang masa.
Renungilah, sejauh mana kita mengambil peringatan itu? Muhasabahlah, adakah kita memberikan hak yang sewajarnya pada 24 jam yang ada? Di manakah tersisanya 24 jam itu?

09/11/2010

Berlarilah menuju garisan penamat!

(Booster di kala semangat serasa menurun)

Pecutan itu perlu & hukumnya kadang-kadang menjadi wajib walaupun di lampu merah (sila apply waktu exam sahaja- jangan di jalanraya:P)

Selagi ada masa masih tersisa untuk meletakkan daya usaha, teruskanlah. Jangan menyerah sebelum kalah.Jangan berundur selagi masih ada kekuatan untuk mengorak langkah.Berlarilah menuju garisan penamat walaupun ada duri-duri dan luka yang menghalang!

"...dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
(Surah Yusuf ayat 87)

Putus asa bukan sifat seorang mukmin.Never give up.You can do it!

Adunkan usaha,doa & tawakal.Yakinlah Allah Maha Pemberi yang terbaik buat hamba-hambaNYA (^_^)



29/10/2010

Ku Mohon

di lubuk hatiku terdalam
ini yang ku pilih penuh keyakinan
namun kadang bimbang menyerang
sanggupkah melangkah ku terus berjalan

saat badai menderaku
hinggah rapuh dan goyah
tiada daya tuk bertahan
hanya Engkau tempat berpegang

berkatilah setiap semangat jiwa
tuk selalu berjuang di jalan Mu
terjagalah hati yang kadang redup
tertiup angin di duniawi
gemerlap kilauan harta
takhta dan cinta manusia
yang menyesatkan
selamanya...

saat hujan basahiku
penuh lumpur dan noda
dalam derai air mata
dengarlah permohonan ku

ku mohon- Firdaus


Menghadapi masa-masa yang sungguh kritikal,cukuplah Allah jadi tempat bergantung & bersandar insan yang lemah.Jangan disandar harapan pada manusia, kerna manusia juga sama-sama lemah. Kuatkan hubungan & ikatan dengan Allah, maka menjadilah kuat jiwa-jiwa yang lemah.

“Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: “Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun (Kita milik Allah dan kepada-Nya kita dikembalikan)”” (Al-Baqarah;155-156)

05/10/2010

Alhamdulillah=)

“ Hidayah, minggu depan ada penyampaian sumbangan untuk huffaz Penang”.

Mesej ringkas saya terima dari ayah.Hanya lafaz ‘alhamdulilllah’ saya mampu ucapkan.Baru mencongak-congak simpanan yang tinggal.Gusar melihat baki dalam bank yang mungkin tidak cukup untuk menampung hingga penghujung sem.Dan tiba-tiba ayah menghantar khabar gembira.Bukanlah saya seorang yang mata duitan, terlalu mengharap wang sumbangan dari kerajaan negeri yang sememangnya menjadi rutin saban tahun.Tetapi sungguh rasa syukur.Bantuan dari Allah selalu ada tiap kali saya bertemu jalan buntu.

Teringat kisah beberapa tahun yang lepas.Kisah yang sama.Baru selesai berprogram.Program yang menuntut diri untuk menginfaq tenaga dan harta yang termampu .Saya belek dompet dan yang berbaki hanya beberapa keping not yang pasti tak bertahan untuk belanja makan seminggu.Nak minta dari ayah terasa malu.Dan di saat hati berkeluh-kesah, sejurus itu saya terima panggilan.Memberitakan hal yang sama, iaitu saya antara penerima sumbangan pada ijtima’ huffaz Penang.Alhamdulillah.

Beberapa ibrah saya belajar.Pertama, keyakinan yang teguh terhadap janji Allah.Janji bahawa sesiapa yang meletakkan tawakal paling tinggi pada Allah pasti tak akan kecewa.Allah itu Maha Mendengar tiap keluhan dan rayuan hambaNya.Maka setelah berusaha, letakkanlah pergantungan yang tertinggi hanya pada ALLAH.Sebagaimana firmanNya dalam surah At-Talaq,ayat 3 yang bermaksud;

“ Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya.Dan barangsiapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya.Sesungguhnya Allah melaksanakan urusanNya.Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu.


Kedua, what give you get back.Tiap apa yang diinfakkan di jalan Allah pasti ada ganjarannya baik di dunia dan akhirat.Maka, jangan lokek untuk memberi dan menderma.Moga rezeki yang mendatang lebih melimpah-ruah insyaallah =)

07/09/2010

memaknakan hari-hari terakhir

Lama sungguh saya tinggalkan blog x berupdate.Mujur ada sahabat-sahabat yang sangat concern,beberapa kali menegur saya.Terima kasih sahabat-sahabatku,anda memang sangat prihatin =)

Menjengah hari ke-28 ramadhan.Cepatnya masa berlalu.Terasa bagai semalam baru menyambut 1 Ramadhan,tapi rupanya Ramadhan hampir berlalu meninggalkan kita.Begitulah hidup di akhir zaman.Sehari bagai sesaat.

Ramadhan yang masih lagi tersisa,manfaatkan sebaik-baiknya.Tak siapa mampu meramal berkesempatan lagikah kita untuk menyambut Ramadhan akan datang.Dan di malam-malam terakhir,sama-samalah kita bermujahadah.Siapa tahu,mungkin lailatulqadar kali ini milik kita.Bukan mudah.Hanya yang bertuah mampu mengecap kemanisan satu malam,yang barakahnya melebihi seribu bulan.Sebagaimana firman Allah;

" Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran)pada malam Qadar.Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?.Malam kemuliaan itu lebih baik daripada seribu bulan" (Al-Qadr: 1-3)


Akhir kalam,semoga kesibukan ingin menyambut syawal tidak melenturkan istiqamah untuk beramal ibadah.Sedihlah tatkala Ramadhan itu datang, kita hanya membiarkan ia berlalu sepi.Gagal merebut ganjarannya,apatah lagi meraih gelaran "taqwa".

07/04/2010

Kekalkan momentum

Pesanan khas untuk diri sempena musim peperiksaan yang bakal menutup tirai pada hari esok.

"eh, tak elok makan maggi time exam macam ni" seorang teman mengingatkan.
Studi jangan sampai kantoi subuh nanti x berkat.Musim exam ni eloklah banyakkan solat hajat.Rajin-rajin baca Al-Quran dan doa moga Allah permudahkan.Dan berjela-jela lagi nasihat sempena exam



Begitu adat bila fatrah imtihan menjengah.Macam-macam pantang-larang.Amalan yang menjadi luar kebiasaan tiba-tiba menjadi kebiasaan.Baguslah begitu, kan?
Tetapi serasa lagi bagus andai momentum yang baik itu terus dikekalkan.Bukan sekadar amalan sepanjang exam tetapi amalan sepanjang hayat.

Pabila beramal,pasakkan sepenuh keikhlasan di hati.Mulakan dengan nama Allah.Sandarannya keberkatan dari Allah dan matlamatnya kerana inginkan redha Allah.Jauh sekali inginkan nikmat dunia.Yakinlah,kelak akan Allah balas dengan nikmat yang tak terjangkau dek panca indera.

Katakanlah (Muhammad),"Sesungguhnya solatku,ibadahku,hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah,Tuhan seluruh alam (Al-An'am:162)



Dan berusahalah untuk beristiqamah sekalipun susah.Amalan yang sedikit tetapi berterusan lebih baik dari yang banyak tetapi akhirnya mati di tengah jalan.